Pupuk rasa cinta, sayang kepada anak
Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.”
Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”
Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah.
Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk.
Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”
Peristiwa itu bukan satu-satunya kejadian yang dirakam dalam sejarah.
Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan daripada ayahnya bahawa,
“Ketika waktu solat Isyak, Rasulullah datang sambil membawa Hasan dan
Husain.
Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya
kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, Baginda memanjangkan
sujudnya.
Ayahku berkata,
“Saya kemudian mengangkat kepala
dan melihat anak
kecil itu berada
di atas punggung Rasulullah yang
sedang bersujud.
Saya
kemudian sujud kembali.”
Setelah selesai solat, orang-orang pun berkata,
“Wahai
Rasulullah,
saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi,
engkau
melakukannya sangat lama,
sehingga kami mengira terjadi
peristiwa besar
atau turun wahyu kepadamu.”
Baginda kemudian berkata,
“Semua yang engkau katakan itu
tidak
terjadi, tapi cucuku sedang
bermain di belakangku, dan aku
tidak suka
menghentikannya sampai
dia menyelesaikan keinginannya.”
Usamah bin Zaid ketika masih kecil mempunyai kenangan manis dalam
pangkuan Rasulullah.
“Rasulullah pernah mengambil
dan mendudukkanku di
atas pahanya
dan meletakkan Hasan di atas
pahanya yang lain, kemudian
memeluk
kami berdua dan berkata,
“Ya Allah,
kasihanilah keduanya,
kerana
sesungguhnya aku
mengasihi keduanya.”
Begitulah sikap Rasulullah kepada anak-anak. Secara halus,
Baginda memberi contoh bagaimana anak perlu diberikan penuh rasa cinta,
kasih sayang dan kelembutan.
Sikap tidak mencontohi Rasulullah adalah kesilapan besar ibu bapa
terhadap anaknya. Antara kesilapan yang dilakukan ibu bapa ialah:
1. Memaki dan menghina anak.
Bagaimana yang dikatakan menghina iaitu ketika seorang ayah menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya.
Lebih teruk lagi jika itu dilakukan di hadapan teman si anak.
Termasuk dalam kategori itu adalah memberi nama kepada anak dengan
nama buruk. Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya
mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak orang tua
itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya.
Tidak lama kemudian anak itu berkata,
“Wahai Amirul Mukminin,
bukankah anak
memiliki hak atas orang tuanya?”
“Betul,” jawab Umar.
“Apakah hak anak?”
“Memilih calon ibu yang baik untuknya,
memberinya nama yang baik, dan
mengajarkannya al-Quran,” jawab Umar.
“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu
pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita
berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju’lan
(kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran,” kata anak
itu.
Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya,
“Engkau
datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka
kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau berbuat buruk kepadanya
sebelum dia buruk kepadamu.”
Rasulullah sangat menekankan supaya kita memberi nama yang baik kepada anak.
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya
kalian akan
dipanggil pada hari kiamat
dengan nama kalian dan
nama ayah
kalian,
maka perbaikilah nama kalian.”
Sebab itu, Rasulullah kerap mengganti nama seseorang yang bermakna
jelek dengan nama baru yang lebih baik atau mengganti gelaran yang
buruk kepada seseorang dengan yang lebih baik dan positif.
Contohnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih)
menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani
Rusyd (yang diberi petunjuk).
Rasulullah memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.
2. Melebihkan seorang anak daripada yang lain.
Sikap itu adalah salah satu faktor putusnya hubungan silaturahim
anak dengan ibu bapanya dan punca permusuhan antara saudara.
Nu’man bin Basyir bercerita,
“Ayahku menginfakkan sebahagian
hartanya untukku."
Ibuku, ‘Amrah binti Rawahah kemudian berkata,
‘Saya
tidak suka engkau melakukan
hal itu sehingga menemui Rasulullah.’
Ayahku
kemudian berangkat menemui Rasulullah sebagai saksi atas sedekah yang
diberikan kepadaku.
Rasulullah berkata kepadanya,
‘Apakah engkau melakukan hal ini
kepada seluruh anak-anakmu?’
Ia berkata, ‘Tidak.’
Rasulullah berkata,
‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah
kepada anakmu.’
Ayahku
kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.
Puncak kezaliman kepada anak ialah ketika ibu bapa tidak timbul
rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik,
kurang pandai, atau cacat salah satu anggota tubuhnya.
Padahal, tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak. Apalagi tidak bijak itu pun bukanlah dosa dan kejahatan.
3. Mendoakan keburukan buat anak
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda,
" Ada tiga doa yang
dikabulkan doanya:
doa orang yang teraniaya,
doa musafir, dan doa
(keburukan)
orang tua ke atas anaknya."
Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya.
Jika seorang ibu sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan celaka,
melaknat dan memaki anaknya maka sesungguhnya, ibu itu adalah wanita
yang paling kejam.
Setiap doa buruknya, setiap ucapan laknat yang keluar dari
lidahnya, dan setiap kata maki yang diucapkannya boleh termakbul lalu
menjadi hukuman ke atas dirinya.
Cuba hayati kisah ini pula.
Seseorang pernah mengadukan mengenai
anak lelakinya kepada Abdullah bin Mubarak.
Abdullah bertanya kepada
orang itu,
“Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu
menjawab, “Ya.”
Abdullah bin Mubarak berkata,
Abdullah bin Mubarak berkata,
“Engkau telah merosakkannya.” Nauzubillah!
4. Tidak memberi pendidikan kepada anak
Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang
ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina."
Sesungguhnya anak yatim adalah yang tidak dapat dekat dengan
ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan
tidak ada waktu bagi anaknya.”
Perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya ialah memberi
pendidikan yang baik dan jika gagal, ia adalah kejahatan orang tua
terhadap anaknya.
Jika mereka gagal memberi pendidikan terbaik kepada anak maka
ibu bapa itu melanggar perintah Allah. Dalam surah Thaha ayat 132 Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan perintahkanlah
kepada keluargamu
mendirikan
solat dan bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya.
Kami tidak
meminta rezeki kepadamu,
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan
akibat (yang baik) itu
adalah bagi orang yang bertakwa.”
Rasulullah bersabda,
“Ajarilah anak-anakmu solat
saat mereka berusia
tujuh tahun,
dan pukullah mereka
(bila tidak melaksanakan solat)
pada
usia sepuluh tahun. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.