Mukmin Berakhlak
Mendapat Darjat Yang Tinggi
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu
dapat mencapai darjat orang yang
berpuasa yang mendirikan sembahyang
ditengah malam disebabkan
akhlaknya yang mulia.”
Riwayat Abu Daud
Huraian:
- Allah S.W.T. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.
- Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.
- Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.