Jumaat, 8 Jun 2012

Mencintai al-Quran












Hayati al-Quran

sebagai panduan hidup

bina jati diri


ALLAH SWT mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dulu sehingga kini. Kitab wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya ini dipenuhi mukjizat dan keagungan yang tiada tolak bandingnya berbanding kitab lain.






Ia juga sebagai sumber ilmu bagi umat Islam dan petunjuk jalan kebenaran serta kitab kecemerlangan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 9 bermaksud:










“Sesungguhnya al-Quran ini

memberi petunjuk ke jalan yang betul,

dan memberi berita gembira kepada

orang beriman yang mengerjakan amal soleh,

bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”






Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya
al-Jami’ il Ahkam al-Quran menyatakan bahawa
kalimah aqwam bermaksud jalan yang paling benar,
paling adil dan paling tepat.
Mereka yang menjadikan
al-Quran sebagai sumber rujukan,
sudah pasti akan membuahkan
kesejahteraan dan kecemerlangan.








Justeru, bagi mengekalkan
al-Quran dalam kehidupan kita,
ia perlu dijaga dengan sentiasa membac
a dan menghafal serta memahami isi kandungannya
agar berada di dalam jiwa dan hati setiap Muslim.







Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud:






“Sesungguhnya Kamilah

yang menurunkan al-Qur'an,

dan Kamilah

yang memelihara dan menjaganya.”









Kedatangan Islam yang bersumberkan
al-Quran mengubah pola kehidupan masyarakat
sehingga berjaya membina sebuah tamadun
yang gilang gemilang.
Perubahan dan kecemerlangan
yang diraih ini tidak lain
kerana disuluh al-Quran.










Atas sebab itu,
sekiranya kita sebagai umat Islam
ingin mencipta kejayaan sama ada
dalam aspek kehidupan, kerjaya,
keperibadian dan masa depan hendaklah
menjadikan al-Quran sebagai kunci kejayaan.










Al-Quran
mampu membentuk jati diri yang teguh,
menjadikan manusia terdidik
dengan akhlak dan budi pekerti tinggi,
rajin berusaha dan berilmu tinggi.
Segala-gala ini dapat dicapai
apabila mereka bertadabbur
memahami al-Quran dan beramal dengannya.








Kecemerlangan al-Quran
bukan hanya terbukti
dari sudut kerohanian semata-mata
bahkan dari sudut saintifik.







Al-Quran
tidak hanya dikagumi orang Islam,
bahkan ia juga dikagumi orang bukan Islam.
Sebahagian daripada mereka
yang bukan Islam memeluk Islam
selepas memahami dan meneliti
maksud ayat al-Quran.










Sebagai contoh Dr Gary Miller
adalah seorang pakar matematik
di samping seorang tokoh
dalam bidang teologi agama Kristian.
Pada 1978 beliau dihadiahkan kitab al-Quran
terjemahan dalam bahasa Inggeris.
Selepas membaca terjemahan al-Quran itu
dan memahaminya, beliau memeluk Islam.










Demikian juga dengan Dr Maurice Bucaille,
seorang pakar bedah terkenal di Perancis.
Semasa membicarakan berkenaan
al-Quran dan Injil dalam konteks ilmu astrofizik,
beliau berkata:
“Tidak dapat sebarang percanggahan
antara al-Quran dan ilmu moden berhubung
asal usul kejadian alam.”












Sebagai umat yang beriman,
maka sewajarnya al-Quran dijadikan
panduan dan sumber rujukan utama
dalam apa juga kegiatan hidup sama ada
dalam sudut akidah, syariat dan akhlak,
khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan,
cabaran semasa untuk mencapai kehidupan
dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.











Namun persoalannya pada hari ini
terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman,
goyah pegangan akidah dan akhlaknya
menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya
untuk menyebut ayat Allah SWT dan keras hati
apabila terdengar ayat al-Quran.











Mereka lebih gemar
mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu
melalaikan berbanding ayat al-Quran.
Tidak kurang pula ada dalam kalangan kita
yang hanya berbangga dengan menggantung
ayat al-Quran sebagai hiasan di rumah.









Bahkan ada juga yang menjadikan
al-Quran sekadar ‘kitab berkat’.
Mereka membaca al-Quran bertujuan
mendapat berkat tidak lebih dari itu
dengan membaca atau mengamalkan
beberapa potong ayat al-Quran untuk
tujuan tertentu seperti murah rezeki,
mempercepat dapat jodoh dan
lain-lain tujuan tertentu.














Marilah kita menjadikan budaya ilmu
di dalam al-Quran sebagai gaya hidup.
Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah
yang mampu membawa kecemerlangan,
menjadi ubat dan penawar kepada
segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani
yang sedang melanda masyarakat masa kini.










Berdasarkan kepada beberapa pandangan ulama,
wujud tiga golongan manusia yang mengabaikan al-Quran








. Pertama:
mereka yang mengabaikan al-Quran
dengan meninggalkan dari membacanya.








Kedua:
mereka yang mengabaikan
dari sudut tadabbur maknanya serta memahami
maksud al-Quran dan






ketiga:
mereka yang mengabaikan al-Quran dengan
mengabaikan hukum hakam dan beramal dengannya.
Mereka membaca al-Quran, menghafalnya,
mengetahui tafsir dan makna ayat yang
dibaca tetapi tidak beramal dengan
apa yang difahaminya.









Bersempena dengan Majlis Tilawah al-Quran
Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di
Johor Baharu, Johor bermula 4 hingga 8 Jun ini,
mimbar menyeru jemaah bersama-sama membudayakan
al-Quran dalam kehidupan.









Didiklah ahli keluarga dan anak-anak
agar menjadi orang yang mencintai al-Quran.
Memprogramkan penghayatan al-Quran
dalam keluarga terutama kepada anak-anak
dengan memperuntukkan masa seperti
selepas solat Maghrib sebagai waktu membaca,
mempelajari dan mentadabbur al-Quran.
















Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:





‘Sesiapa

membaca satu huruf dari al-Quran,

maka diberi sepuluh pahala dan

ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya,

tidak aku katakan

(alif, lam, mim) itu satu huruf,

akan tetapi ‘alif’ satu huruf

dan ‘lam’ satu huruf

dan ‘mim’ satu huruf.”

(Riwayat Tirmizi).










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.