Rabu, 6 Jun 2012

<::Tazkirah Asy-Syafi'i::>




Aku mendapati bahawa orang yang berilmu itu menjadi mulia meskipun dia dilahirkan ditengah-tengah keluarga yang buta huruf. Ilmu selalu mengangkat darjat manusia, sehingga semua orang mulia menghormatinya. Mereka akan mematuhi kata-kata si alim, ibarat pengembala yang menjadi raja pada ternakannya. Setiap orang tidak akan merasakan kebahagiaan tanpa ilmu, dan tanpa ilmu tidak akan dikenali halal dan haram dalam kehidupan.




Kamu tidak akan memperoleh ilmu, kecuali dengan enam perkara yakni kecerdasan, semangat waja, rajin, tekun, perbelanjaan yang cukup dan bersahabat dengan guru dalam waktu yang lama.




Bersekang mata ditengah malam menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku berbanding lagu merdu dan bau harum-haruman. Lakaran penaku dilambaian kertas, terasa lebih indah dibanding khayalan dan angan-angan. Kesibukan dengan masalah keilmuan lebih mengasyikkanku dibanding mendengar nyanyian seorang gadis rupawan. Aku tidak tidur sepanjang setiap malam untuk menuntut ilmu, pada saat manusia sedang lelap tidur.




Tuntutlah ilmu, belajarlah!
Tidak akan ada bayi yang terus lahir lalu menjadi ilmuan,
dan tidak sama di antara si alim dan orang jahil.
Sebesar mana pun sesebuah negara,
ia tidak akan bermakna jika penduduknya tidak berilmu,
apabila dibandingkan negara kecil yang ramai daripada
kalangan penduduknya yang berilmu.
Sekecil manapun negara, akan lebih kuat
apabila penduduknya berilmu.
Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan
dengan umumnya negara-negara lain dengan adanya
orang-orang yang berilmu.





Sumber : Haji Azhari Othman, 2003. Tazkirah Asy-Syafi'i



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.