Khutbah Jumaat:
Dahulukan perkahwinan
jika takut lakukan maksiat
Ibu bapa kena penuhi keinginan anak
dengan adakan majlis kenduri secara sederhana
DALAM kekecohan kita mendengar berita
anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat
yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang,
penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami
dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang
dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.

Budaya berzina terus menjadi isu panas
kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran,
kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno,
laman web lucah, pengguguran kandungan,
pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.

Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan.
Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita
pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan.
Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan
kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan.
Begitu pula dengan mereka yang senang
melayari gambar porno di internet, menonton video lucah,
filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah
mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka
yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi
akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya.
Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud:
“Dan
janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama,
tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat
kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin
dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin.
Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana
perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia
serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.
Pada Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan,
pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan.
Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita
pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan.
Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka
yang senang melayari gambar porno di internet,
menonton video lucah, filem yang mengghairahkan,
hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan.
Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan
di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya.
Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud:
“Dan
janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat.”
Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina
akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka Jahanam.
Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api
yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadis
disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya,
tidak menyapanya dan tidak memandangnya.
Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan
juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat,
maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita.
Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan,
sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT.
Musibah mungkin tidak menimpa diri kita,
tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak
dengan amalan perzinaan.
Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah SWT
kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang
dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.
Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal
iaitu melalui perkahwinan yang sah. Hadis daripada Muslim
meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya
setiap kali seseorang itu bertakbir
adalah satu sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah,
setiap tahlil adalah sedekah,
menyeru yang makruf itu adalah sedekah,
dan menghalang yang mungkar juga sedekah,
melakukan hubungan kelamin suami isteri juga
adalah sedekah”.
Lalu kami bertanya kepada Rasulullah:
“Adakah kami mendatangi isteri kami
baginya mendapat pahala?
Rasulullah bersabda:
“Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat
kepada yang haram itu berdosa,
maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu
pastilah mendapat pahala”.
Sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu
agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga.
Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan
kepada Rasulullah dengan kehairanan:
“Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”.
Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah:
“Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa,
dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram.
Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang
yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi
menghindarkan daripada melakukan zina.
Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka,
maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu
diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.
Selari dengan mengawal pintu nafsu,
maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam
adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu
yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat.
Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah SAW
bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin
hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain
kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai golongan pemuda!
Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah
maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya
perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.
Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu
penghalang baginya daripada syahwat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie
golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu
ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun.
Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala
memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini,
nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan,
hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun
malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.
Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini,
mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak
yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka.
Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam
adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW
bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin
ialah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran
yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan
dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran.
Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan
bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya
demi menutup segala pintu kemaksiatan.
Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian,
apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga
maka hendaklah ia bersegera bernikah.
Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz
yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka
pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak.
Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu
yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai
Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum)
dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya
maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya
kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya”
(Riwayat Muslim).
Oleh itu dengan kewujudan pasangan
yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari
segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata
serta dapat mengawal pintu nafsu.
- Sumbangan JAKIM-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.