Sabtu, 7 Ogos 2010

Ganti puasa waris yang meninggal dunia


Ganti puasa waris yang meninggal dunia




Soalan


Apakah hukum menggantikan puasa bagi waris yang telah

meninggal dunia?




Jawapan



Firman Allah SWT:


Wahai orang yang beriman!

Kamu diwajibkan berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas

orang yang dahulu daripada kamu,

supaya kamu bertakwa.

(Al-Baqarah: 183).




Jelas dalam ayat ini,

Allah SWT mewajibkan puasa ke atas orang beriman,

yang pastinya mereka yang beriman akan langsung

menyahut seruan Allah yang berisi perintah

melakukan puasa sepanjang Ramadan.



Dalam ayat-ayat yang berikutnya

Allah memberikan rukhsah (kelonggaran)

bagi mereka yang yang bermusafir atau yang uzur

boleh meninggalkan puasa

pada bulan Ramadan dan digantikan puasa

yang tertinggal pada bulan-bulan yang mendatang.




Apa yang pasti, berpuasa Ramadan

akan menjadikan kita ummah yang bertakwa

kepada Allah SWT.

Takwa sahaja yang dapat melahirkan

masyarakat yang berwibawa

yang ada nilai-nilai positif dan etika

yang beranjakkan paradigma.




Umat yang hidupnya ada motif yang jelas,

iaitu apa sahaja yang dilakukan

pasti ada kesannya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT telah berjanji bahawa

dengan menghayati ibadah puasa dengan penuh

keinsafan dan kesabaran pasti mengundang

kepada kekuatan dalam (spiritual)

dan

kekuatan luaran (fizikal).





Oleh yang demikian,

pastikan puasa tidak ditinggalkan,

kerana biarpun ada kelonggaran diberi

oleh syarak tetapi pastinya berpuasa itu lebih baik

daripada berbuka.




Kalau umat ini menyedari dan mengetahui

akan kelebihan dan kehebatan zahir dan batin Ramadan

pasti akan mengharapkan supaya

sepanjang tahun menjadi Ramadan.




Tetapi apa yang berlaku di sebaliknya,

"cepatnya Ramadan", "bila nak habis Ramadan"

dan pelbagai keluhan yang lain.



Justeru, janganlah mencari alasan

untuk tidak berpuasa,

kerana belum tentu tahun depan

kita berpeluang menikmati keindahan Ramadan

dan merebut rahmat dan maghfirah-Nya.





Adapun puasa ganti

bagi orang yang telah meninggal dunia

oleh waris menjadi perselisihan di kalangan ulama fiqh.

l Pendapat al-Syafieyyah dalam pendapat yang kuat.

Sekiranya ada yang meninggal dunia

maka terpulang kepada diri wali sama ada

mahu dibayar puasanya dengan berpuasa untuknya

ataupun membayar fidyah.






Hal ini termasuklah puasa nazar.

Pendapat ini disokong oleh

Imam al-Nawawi Rahimahullah.




l Ibn Hazim al-Zakiri berpendapat,

tidak dibayar fidyah untuk puasa daripada

orang yang meninggal dunia, akan tetapi

ambil sebahagian hartanya untuk mengupah orang

untuk berpuasa bagi hari-hari yang dia tidak berpuasa.





Pandangan ini juga merupakan pandangan Ali Thal,

Said bin al- Musayyub dan al-Awzarie, Thaus,

Hammad bin Sulaiman, al-Zuhli dan al- Hasan al-Bakri

dan Qatadah.





l Pendapat al-Hanabilah pula,

sekiranya puasa yang ditinggalkan puasa nazar

maka harus bagi ahli keluarga (waris)

mengqadakan (menggantikan ) puasa yang tertinggal

disebabkan oleh uzur syarie.

Sekiranya puasa yang ditinggalkan itu

puasa wajib maka tidak diharuskan

mengqadanya oleh ahli warisnya.






l Mazhab al-Malikiyah dan al-Hanafiah

tidak dipuasakan bagi yang telah meninggal

akan tetapi dibayar fidyah

bagi hari-hari yang ditinggalkan

dengan syarat diwasiatkan terlebih dahulu.






Sekiranya tidak diwasiatkan 'wali' boleh

melakukan tebusan dengan memberi makan

sebagai ganti fidyah.





Memandangkan puasa yang ditinggalkan

oleh seseorang yang meninggal tidak boleh digantikan

dengan berpuasa bagi pihaknya,

maka lebih awla tidak dipuasakan

oleh orang lain ketika masih hidup.





Pendapat mazhab al-Syafieyyah yang disokong

oleh Imam al-Nawawi merupakan

pendapat dan pandangan yang menghimpunkan

dua keadaan, iaitu sama ada

digantikan puasa ahli keluarga

yang meninggal dunia

atau

membayar fidyah.






Maksudnya, ahli waris

masih berpeluang untuk melakukan kebajikan

kepada arwah dari kalangan ahli keluarga.

Kalau tidak mampu menggantikan puasa

ahli keluarga yang telah meninggal

bolehlah dibayar fidyah sahaja.






Mungkin pada masa sekarang

membayar fidyah tidak menjadi masalah.

Apa pun, puasa yang ditinggalkan

oleh ahli keluarga masih ada peluang

untuk ditunaikan berdasarkan

pandangan mazhab al-Syafieyyah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.