Isnin, 2 Ogos 2010

::::Cerita Ummi : Kisah dua pemuda Perang Badar:::


Tahukah anda?
terdapat kisah yang menarik
mengenai dua orang
PEMUDA ansar
yang menyertai peperangan Badar.



Mereka adalah
Muadz bin Amr dan Muawwidz bin Afra'.
Peperangan Badar di mulai dengan
perlawanan satu lawan satu
di antara tentera Islam dan bukan Islam.
Apabila Utbah bin Rabi'ah
(seorang panglima@pembesar bukan Islam)
mencabar untuk beradu tenaga,
mereka berdua turut keluar bersama
Abdullah bin Rawahah.



Ketika di dalam peperangan ,
Abdul Rahman bin Auf berada bersama
dengan kedua pemuda ansar tersebut.
Di dalam hatinya (Abdul Rahman),
beliau mengharapkan orang yang berada
di kiri dan kanan beliau adalah
orang yang
lebih dewasa dan lebih berpengalaman
dalam peperangan.










Namun, sesuatu perkara telah berlaku
justeru mengubah fikiran beliau.
Salah seorang daripada
pemuda ansar tersebut datang
membisikkan sesuatu kepada Abdul Rahman
supaya tidak didengari oleh
pemuda yang kedua.
Katanya



"
Wahai Pakcik,
adakah Pakcik kenal Abu Jahal?
Aku dengar
dia adalah orang yang paling banyak
menyakiti Muhammad.
Tunjukkan dia kepadaku.
Aku ingin membunuhnya
."




Begitulah kemarahan pemuda tersebut
kepada orang yang telah banyak menyakiti
Rasulullah yang dikasihinya.
Abdul Rahman bin Auf terkejut
dengan pertanyaan tersebut dan beliau berjanji
untuk menunjukkan Abu Jahal kepadanya.
Selepas itu, pemuda kedua juga menanyakan
perkara yang sama kepada Abdul Rahman bin Auf.





Pada ketika itu,
Abdul Rahman bin Auf berasa lebih tenang
berada di tengah-tengah pemuda tersebut.






Abu Jahal di kawal ketat oleh orang-orangnya.
Abdul Rahman menunaikan janjinya
dengan menunjukkan kepada dua remaja tersebut
yang mana satu Abu Jahal.





Belum sempat Abdul Rahman
menghabiskan percakapannya,
kedua-duanya sudah melompat
menuju ke tempat Abu Jahal
.




Mereka merempuh
barisan tentera bukan Islam
sambil menebas kiri dan kanan
dengan pedang mereka.
Akhirnya,
mereka berjaya sampai
kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal
dengan pedang mereka
sehingga Abu Jahal jatuh.




Semua orang tidak menyangkakan
tindakan kedua pemuda tersebut.
Abu Jahal telah cedera parah
namun masih lagi bernyawa.
Muadz bin Amr, salah seorang pemuda
tersebut berada di tengah-tengah
tentera kuffar dan telah di bunuh oleh
Ikrimah iaitu anak Abu Jahal
yang berada berhampiran dengan ayahnya.
Manakala,
Muawwidz bin Afra'
sempat berundur tetapi malangnya,
tangan beliau terpotong
dan
masih tergantung di badan.
Beliau membalut tangannya itu
dan terus berperang
.




Namun,
tangannya itu menganggu pergerakannya.
Lantas,
beliau memijak tangannya itu
dengan kaki dan memutuskannya
agar beliau lebih mudah bergerak.
Dia terus berperang
dan
akhirnya syahid
dalam peperangan Badar.





Begitulah hebatnya
iman pemuda-pemuda tersebut.
Walaupun masih
belasan tahun,
namun telah memainkan peranan
yang begitu penting di dalam peperangan
dalam menegakkan Islam.





Berapakah umur anda sekarang?
Apakah sumbangan anda pada agama?





Jika pemuda ansar tersebut
begitu sibuk menyebarkan Islam,
apakah pula yang dilakukan oleh
pemuda zaman sekarang?






Masih lagi ingin berfoya-foya
dan
bersenang lenang?






Fikir-fikirkanlah buat renungan diri
.







* Perang Badar

berlaku pada 2 Hijrah dalam bulan Ramadhan

dan merupakan peperangan pertama muslimin

menentang Kafir.

Bilangan tentera Islam

pada ketika itu

adalah seramai 313 orang

(ada pendapat mengatakan 314 dan 317 orang).

Manakala tentera musyrikin

adalah 3 kali ganda

dari bilangan tentera muslimin.

Kemenangan berpihak kepada

tentera muslimin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.