Ahad, 4 Julai 2010

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya





Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya




Solat sunat Dhuha ini dikerjakan
pada ketika sedang naik matahari
(anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).





Solat sunat Dhuha ini
dilakukan sebanyak 2 rakaat.
Boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8
sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat
satu salam dan boleh juga
setiap 4 rakaat satu salam.





Cara melakukan solat Dhuha:





a) Bacaan niat solat sunat Dhuha







Ertinya: " Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat
kerana Allah Taala".




b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam




c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha




d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa









Maksudnya;




"Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan
perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit,
turunkanlah,
dan
jika di dalam bumi,
keluarkanlah,
jika sukar,
permudahkanlah,
jika haram,
sucikanlah dan jika jauh,
dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikan, keindahan,
kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu
yang soleh.




Kelebihan:




Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:



" Barangsiapa yang melakukan
Solat Dhuha membaca rakaat pertama
surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali,
dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah
dan Al-Ikhlas 10 kali,
nescaya ia mendapat kerelaan
Allah Yang Maha Besar."
(HR. Anas B Malik).






" Barangsiapa
yang mengerjakan solat Dhuha
dengan terus menerus,
akan diampuni dosanya oleh Allah,
sekalipun dosa itu seluas lautan."
(HR Tirmizi)





يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda:

Setiap pagi
masing-masing persendian/ruas tulang
daripada kamu sedekah,
dan setiap bertasbih sedekah
dan setiap tahmid
(ucapan Alhamdulillah) itu sedekah,
dan setiap ucapan takbir itu sedekah,
dan menyeru dalam kebaikan sedekah,
dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah,
dan sebagai ganti semua itu,
cukuplah dengan mengerjakan
Solat Dhuha dua rakaat."
(HR Ahmad, Muslim dan Daud)




Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat
oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim.
Terbitan Al-Hidayah Publisher



http://nursyirah.files.wordpress.com/2008/04/solat3.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.