Khamis, 24 Jun 2010

Ubat Malas Beribadah


Imam al-Haddad

pernah ditanya

mengenai ubat bagi orang


yang merasa berat


untuk melakukan kebajikan


dan


cenderung mengikut hawa nafsu.


Beliau menjawab:-






* Ketahuilah bahawa

malas beribadah


dan cenderung


mengikut hawa nafsu ini


disebabkan oleh


4 perkara.






(1) Kejahilan.

Cara mengatasinya ialah

dengan menuntut ilmu


yang bermanfaat;




(2) Lemah iman.

Cara mengatasinya ialah

dengan bertafakur


mengenai kekuasaan Allah


di langit dan bumi


serta tekun beramal sholeh;




(3) Panjang angan-angan.

Cara mengatasinya ialah

dengan ingatkan mati


dan


menyedari bahawa


kematian dapat datang


setiap saat;




dan



(4) Makan sesuatu yang syubhat.

Cara mengatasinya ialah

dengan bersikap warak


dan


sedikit makan.











Doa Sejahtera Dunia Akhirat






Betapa ramai mukmin yang kufur setelah beriman.




Iman yang ada perlu dijaga.




Mohonlah agar ia kekal




dan




bertambah.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.