Jumaat, 25 Jun 2010

Antara Sabar dan Mengeluh




Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Sesungguhnya
orang mukmin
akan menerima tekanan hidup
kerana
tidak ada satu bencana
sama ada
kerana terkena duri
atau
yang lebih besar,
tidak juga ketakutan
melainkan
Allah akan mengangkat
darjatnya satu darjat
dan
menghapuskan satu kesalahan
dengan kesabarannya
menghadapi bencana
dan
kesusahan tersebut.”


Riwayat al-Hakim

Huraian



1. Tribulasi atau ujian
adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu,
ia tetap memerlukan
bekalan iman, sabar dan istiqamah.




2. Ujian
dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada
keimanan seseorang itu
kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.




3. Umat Islam
akan diuji dengan lima perkara
iaitu
saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
orang munafiq yang sentiasa membencinya,
orang kafir yang sentiasa memeranginya,
syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
dan
bisikan hawa nafsu
yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Semuanya ini
menuntut kesabaran
dan
di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar
daripada Allah SWT.




4. Lawan bagi sabar
adalah mengeluh
dan
ia merupakan perbuatan
yang amat dilarang
oleh agama kerana
dengan mengeluh akan
membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya
perasaan kecewa
dan
putus asa
sedangkan
Allah SWT berfirman
dengan maksudnya:


”Sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

(Al-Insyirah:6)



5. Tanpa masalah
atau
ujian
tidak akan wujud
kematangan
kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah
adalah
guru terbaik
dalam menjamin kejayaan
dalam kehidupan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.