Selasa, 25 Mei 2010

Yang Mana Satu, Idaman Kalbu.......






Harta atau Ilmu????????

Rasulullah pernah bersabda:

“ Aku adalah
kota ilmu pengetahuan,
sedangkan
Ali adalah
pintunya.”




Oleh kerana
kemasyuran ilmu
yang dimiliki oleh Saidina Ali,
maka
ramailah yang mahu mengujinya.
Pada suatu hari,
sepuluh orang ulama’
telah datang menemui
Saidina Ali,
dan
secara bergilir
mereka mengajukan
pertanyaan yang sama.



Ulama’ pertama bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta
sebab
ilmu adalah pusaka para Nabi,
sedangkan
harta adalah pusaka
Qarun dan Fir’aun.”




Ulama’ kedua bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
“Ilmu lebih utama
daripada harta,
sebab
ilmu akan menjaga kamu,
sedangkan harta,
engkaulah yang harus
memeliharanya.”




Ulama ketiga bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta,
sebab
harta boleh menyediakan diri kita
dikelilingi banyak musuh,
sedangkan
ilmu akan menjadikan engkau
mempunyia banyak sahabat.”




Ulama’ keempat bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta
sebab
harta apabila dikeluarkan
semakin berkurangan,
sedangkan
ilmu apabila dikeluarkan
akan semakin bertambah.”




Ulama’ kelima bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta,
sebab
orang yang mempunyai banyak harta
kadangkala dipanggil
dengan panggilan kedekut,
sedangkan
orang yang banyak ilmu
selalu dipanggil
dengan nama
yang mulia dan megah.”




Ulama’ keenam bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta
sebab
orang yang punya harta
akan dihisab pada hari kiamat
sedangkan
orang yang punya ilmu
diberi syafa’at
pada hari kiamat.”




Ulama’ ketujuh bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta,
sebab
ilmu membawa ketenangan
dan
terang-benderang,
sedangkan
harta menjadikan mereka
berasa gusar.




Ulama’ kelapan bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta
sebab
harta semakin lama akan habis,
sedangkan
ilmu tak akan habis
walau pun
tidak ditambah.”




Ulama’ kesembilan bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta
sebab
ilmu akan menjadikan
orang yang berilmu itu
bersikap lemah lembut,
sedangkan
harta menjadikan mereka
bersikap kasar.”




Ulama’ kesepuluh bertanya :
Manakah yang lebih utama,
ilmu atau harta?



Saidina Ali menjawab :
Ilmu lebih utama
daripada harta
sebab
orang yang berilmu
termasuk ubudiyyah(pengabdian)
yang diberi pahala
oleh Allah Taala,
sedang
orang yang berharta
termasuk rubudiyyah(kekaburan).”




Para ulama’ itu pun
tercengang mendengar jawapan
Saidina Ali(Imam Ali)
yang berbeza-beza itu,
walaupun pertanyaan mereka
adalah sama.



Maka
kesepuluh ulama’ tersebut
akhirnya mengakui
kepandaian Saidina Ali,
dan
mereka menjadi
lebih hormat lagi
terhadap Ali berikutan
ILMU
yang dimiliki
olehnya itu..




Sumber : "Perjuangan IMAN". Karangan Ahmad Rafaai Ayudin..




2 ulasan:

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.