Ahad, 23 Mei 2010

~ Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir ~




Pada zaman dulu,
ada dua orang nelayan.
Seorang mukmin
dan
seorang lagi kafir.



Pada suatu hari,
kedua-duanya
turun ke laut
untuk menangkap ikan.
Semasa menebar jala,
nelayan kafir
menyebut nama tuhan berhalanya.
Hasil tangkapannya
amat banyak.




Berlainan pula dengan
nelayan mukmin.
Apabila menebar jalanya,
si-mukmin
itu menyebut nama Allah.
Hasilnya tidak ada
seekor pun ikan
yang tersangkut
pada jaringnya.




Hingga ke lewat senja,
nelayan mukmin
tidak berjaya
mendapat sebarang ikan
manakala
si-kafir itu kembali
dengan membawa ikan
yang sangat banyak.




Meskipun pulang
dengan tangan kosong,
namun nelayan mukmin itu
tetap bersabar
serta redha
dengan apa
yang Allah
takdirkan.




Si-kafir
yang membawa
berbakul-bakul ikan
pulang dengan rasa
bangga dan bongkak.




Malaikat
yang melihat
keadaan nelayan mukmin ini
berasa simpati lalu
mengadu kepada Allah.



Allah swt
memperlihatkan
kepada malaikat
tempat yang
disediakan olehNya
untuk
nelayan mukmin itu;
iaitu sebuah syurga.




Berkata malaikat :
"Demi Allah,
sesungguhnya
tidak memberi erti
apa-apa pun
penderitaan di dunia ini
jika dia mendapat
tempat di syurga
Allah."




Setelah itu
Allah memperlihatkan
tempat yang disediakan
untuk nelayan kafir.




Berkata malaikat:
"Alangkah
malangnya nasib si-kafir.
Sesungguhnya
tidak berguna langsung
apa yang dia dapat
di dunia dulu
sedangkan
tempat kembalinya
adalah neraka jahannam."





MORAL & IKTIBAR



* Kediaman mukmin
adalah di syurga
manakala
kediaman kafir
adalah di neraka.






* Dunia
adalah syurga
orang kafir.






* Kekayaan dan kemewahan
di dunia
tidak semestinya
berkekalan di akhirat.





* Kesusahan
orang mukmin di dunia
tidak seberapa
jika dibandingkan dengan
kenikmatan yang disediakan
di syurga.






* Kesenangan
orang kafir di dunia
tak berbaloi jika dibandingkan
dengan azab seksa
yang disediakan
di neraka.






* Kesenangan atau kesusahan
seseorang
bukan menjadi kayu ukur
bagi keredhaan Allah;
yang menjadi penentu
ialah
keimanan terhadapNya.






* Kesusahan di dunia
bukan bermakna
Allah tidak menyukai
seseorang.






* Begitu juga
kemewahan yang Allah
berikan kepada seseorang
bukan bermakna
Allah meredhainya.






* Redha
di atas takdir Ilahi
adalah sifat
mukmin sejati.






* Jangan berputus asa,
kecewa atau sedih
apabila melihat orang kafir
senang dan mewah
dalam kehidupan
di dunia.






* Keimanan seseorang
adalah lebih mahal
daripada dunia
dan
isinya.






Apalah maknanya

kemewahan

jika tidak

mensyukuri

dan

beriman dengan

Allah swt.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.