Rabu, 31 Mac 2010

Mendahulukan Yang Kanan





Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:

”Rasulullah SAW lebih suka

mendahulukan yang kanan

dalam segala keadaan

(perbuatan)

seperti memakai terompah,

bersikat, berwudhuk

dan mandi.”



(Muslim)

Huraian


Kanan adalah bahagian atau pihak yang berlawanan dengan kiri. Kanan menunjukkan makna yang baik. Oleh itu anggota kanan diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan melainkan untuk mencuci kotoran atau najis di mana tangan kiri yang akan mengambil alih. Langah kanan menunjukkan nasib yang baik atau keberuntung dalam sesuatu dan orang kanan menunjukkan orang yang penting atau orang yang tinggi keududukannya dari segi pangkat dan lain-lain. Memandangkan mulianya yang kanan daripada yang kiri maka Islam menyarankan kita agar mendahulukan anggota kanan termasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhirat kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.

Isnin, 29 Mac 2010

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab



Align Center






Hadith :

Ibnu Abbas menceritakan :


”Nabi SAW berjalan melalui sebuah


kebun di Madinah atau di Mekah.


Lalu kedengaran oleh baginda


suara dua orang sedang disiksa


dalam kuburnya.


Maka bersabda Rasulullah SAW :


”Keduanya disiksa bukanlah


kerana dosa besar.”


Kemudian baginda


melanjutkan perkataannya,:


”Yang seorang disiksa


kerana


kencing di tempat terbuka)


dan


yang seorang lagi


kerana


membuat fitnah supaya


orang bermusuh-musuhan.”


Sesudah itu baginda menyuruh


supaya mengambil pelepah tamar


lalu dipatah dua oleh baginda


dan


diletakkan di atas kedua kubur itu


masing-masing satu pelepah.


Seseorang pun bertanya:


”Ya Rasulullah!


Mengapa kamu lakukan seperti itu?”


Jawab baginda


“Mudah-mudahan kedua-duanya


mendapat keringanan selama


pelepah tamar itu tidak kering.”




(Bukhari)


Huraian


Sebagai seorang Muslim,
aspek kebersihan hendaklah
dititik beratkan
termasuklah perkara-perkara
asas
seperti qadha’ hajat
(buang air kecil atau besar).
Islam selaku agama yang
sempurna
telah menyediakan tata tertib
yang sepatutnya untuk diikuti
demi menjamin
kesihatan umatnya.

Demikian juga dengan
bersuci

di mana tabiat
tidak bersuci

sesudah kencing oleh
sesetengah orang
yang dianggap
perkara biasa

sebenarnya
mendatangkan azab

yang amat besar di
akhirat kelak

sebagaimana yang
disebutkan

di dalam hadith
di atas

kerana membuang air
tanpa bersuci

atau
membuang air
di tempat-tempat terbuka

(di tepi-tepi jalan
tanpa bersuci)

dilarang oleh Islam
kerana
ia mencerminkan adab
yang kurang sopan
selain mendedahkan
seseorang itu

kepada jangkitan penyakit.






UBAHLAH KERUGIANMU
MENJADI KEUNTUNGAN

kami tengadahkan
telapak tangan ini
dengan sepenuh jiwa
memohon kepada Mu
Ya Tuhanku,
kami mengharapkan
pahala Mu
sebagai keberuntungan
perlindungan
bagi kami......



Jangan berputus asa jika
kakimu terantuk dan
engkau terjatuh ke dalam
lubang yang dalam.
Kelak engkau akan keluar
darinya dengan kekuatan
dan daya tahan
yang lebih kukuh.
Sesungguhnya Allah swt
bersama
orang-orang yang sabar.

Jangan bersedih sekiranya orang
yang selama ini dekat denganmu
menghujamkan anak
panah ke tubuhmu.
Kerana nanti engkau
akan mendapatkan
orang lain yang akan
mencabut anak panah
tersebut, mengubati lukamu,
dan
mengembalikan kehidupan
dan
senyumanmu.

Jangan sering bernaung di atas
gedung reruntuhan,
terutama bila
sekelompok kelawar
telah menghuninya
dan
kegelapan telah
menghampirinya.
Carilah kicauan burung
yang menembus
cakerawala bersama
sinar pagi yang cerah.

Jangan melihat
kertas-kertas yang
telah berubah warnanya,
huruf-hurufnya yang
membingungkan,
dan
tulisannya yang sudah
suram.
Engkau akan menyedari
bahawa tulisan
itu bukanlah tulisan
yang terbaik yang
pernah engkau tulis.
Dan.......kertas itu
bukan kertas terakhir
yang engkau tuliskan.
Engkau harus
membezakan
antara orang yang
meletakkan
tulisanmu di matanya
dengan orang
yang menyerahkannya
pada angin.
Tulisan ini tidak hanya
ucapan indah
yang berlalu
begitu sahaja,
akan tetapi..........
ia adalah perasaan hati
yang hidup pada
setiap hurufnya,
menggoncangkan
denyut jantung
orang yang
membawanya dengan
penuh kesabaran,
dan
membakar
kepiluannya dengan
api.

Jangan anda seperti
raja yang murung,
nama julukan
burung ajaib
yang mengeluarkan
kicauan merdunya
bila berdarah
kerana
terluka sehingga ia
dijuluki dengan nama
tersebut.
Sesungguhnya
tidak ada sesuatu pun
di dunia ini yang seimbang
dengan nilai
darah anda
walau setitis pun..........








NIKMAT ITU BAK PENGANTIN
MAS KAHWINNYA ADALAH BERSYUKUR..............


Sumber : Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni - Jangan Bersedih







Jumaat, 26 Mac 2010

Riddah







Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:

”Bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

”Sesiapa yang menukar agama Islamnya

maka

hendaklah kamu membunuhnya.”


(Jamaah kecuali Muslim)


Huraian

1. Setiap muslim wajib menjaga
imannya dari sebarang i’tiqad,
perkataan atau perbuatan
yang menyebabkan rosaknya
iman dan Islam.


2. Riddah maksudnya berbalik
menjadi kafir setelah beragama Islam
dan orang yang melakukannya
dinamakan murtad.
Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur
kerana orang yang murtad
berlainan hukumnya daripada
orang-orang kafir lainnya pada
beberapa perkara tertentu.


3. Untuk itu orang murtad tidak harus
dibiarkan dalam keadaan ‘riddahnya’
melainkan pihak yang berkuasa
hendaklah menyuruhnya kembali
bertaubat dan memeluk Islam.
Jika ia enggan,
hendaklah dikenakan
hukuman bunuh.


4. Hukuman tersebut sekali-kali
tidak bertentangan dengan
‘dasar kebebasan beragama’
atau
dasar ‘tidak ada paksaan dalam agama’
sebagaimana yang disebutkan dalam
Al-Quran kerana ia tidak tidak ada
kaitan langsung dengan
persoalan murtad.


5. Sedangkan maksud
‘tidak ada paksaan dalam agama’
itu ertinya ialah bahawa
orang-orang Islam
tidak boleh sama sekali
memaksa orang-orang kafir
memeluk Islam kerana hakikat iman
serta kesudahannya yang baik
dan
hakikat kufur serta
akibatnya yang buruk
terserah kepada manusia
memilihnya setelah disebarkan
dakwah islamiyah kepada mereka.



6. Manakala murtad pula
bermakna seseorang itu telah
melakukan jenayah yang menghina
Islam dan itu merupakan contoh
yang buruk bagi orang lain yang
mungkin akan terpengaruh
dengan dakyahnya.
Hal ini tentunya akan
menimbulkan fitnah
kepada Islam.







Rabu, 24 Mac 2010

Dagang Di Dunia









Hadith :

Daripada Ibnu Umar r.a katanya:

“Rasulullah SAW telah memegang

kedua-dua bahu ku lantas bersabda :

“Hendaklah kamu menjadi seperti

seorang dagang di dunia ini

atau

seorang pengembara..”

Ibnu Umar r.a berkata :

“Apabila kamu berpetang-petang

janganlah kamu menunggu waktu pagi,

dan apabila kamu berpagi-pagi

maka

janganlah tunggu waktu petang

dan

pergunakan masa sihatmu

sebelum sakitmu

dan

masa hidup mu

sebelum mati mu...”



(Al-Bukhari)


Huraian


Seorang Muslim hendaklah bersegera

melakukan kebaikan dan

memperbanyakkan

amalan-amalan ketaatan dan kebajikan.

Janganlah melengah-lengahkan masa

dan

jangan pula mengabaikan masa

dengan harapan untuk

melakukannya kemudian sedangkan

seseorang itu tidak dapat memastikan

bilakah ajalnya akan tiba.




Selasa, 23 Mac 2010

Empat Kunci Kemurkaan








Hadith :

Rasulullah s.a.w

telah bersabda yang maksudnya:


”Empat kalangan yang pada waktu pagi

mereka dimurkai Allah

dan

pada waktu petangnya

juga dimurkai Allah.

Abu Hurairah bertanya:

Siapa mereka wahai Rasulullah?

Jawab baginda:

” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita,


kaum wanita yang berlagak seperti lelaki.


Orang yang bersetubuh dengan binatang


dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”


(At-Tabrani dan al-Baihaqi)


Huraian

1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian.

2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.

3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.

4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.





Isnin, 22 Mac 2010

Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara











Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


”Dalam persoalan arak ada

sepuluh orang yang dikutuk

kerananya iaitu

pembuatnya,

pengedarnya,

peminumnya,

pembawanya,

pengirimnya,

penuangnya,

penjualnya,

pemakan hasil wangnya,

pembayarnya

dan

pemesannya ”




Riwayat Anas

Huraian


i) Arak yang juga disebut “khamar”
dalam bahasa Arab bermaksud
minuman yang memabukkan.
Ia menjadi minuman kemegahan bagi
orang-orang fasik, kafir dan munafik.
Di dalam Islam hukum meminumnya
adalah haram.


ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda
bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan.
Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati
bahawa arak sebenarnya boleh
merosakkan fizikal dan mental
manusia di mana dari segi ilmu perubatan
arak itu boleh memberi kemudharatan
pada tubuh badan manusia seperti
menyebabkan penyakit
lemah jantung, barah mulut, tengkuk,
kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


iii) Manakala dari aspek mental
pula al-Quran sendiri ada menyebut
bahawa arak itu akan mendedahkan gejala
yang tidak baik kepada individu, masyarakat
dan negara di mana seseorang yang
meminum arak pasti akan mengalami
gangguan minda, hilang pertimbangan
dan
kesedaran diri menyebabkan ia akan
melakukan sesuatu perkara buruk yang
tidak pernah dilakukan ketika
dia berkeadaan waras.
Inilah puncanya berlaku permusuhan
dan
kebencian serta terjadinya penyakit sosial
seperti gejala seks bebas, pembunuhan
dan
kemalangan jalanraya.


iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam
mengharamkan pengambilan arak
adalah untuk menjaga keperibadian
manusia daripada perkara-perkara yang
merosakkan selain daripada kesan
arak itu sendiri yang boleh melalaikan
diri daripada mengingati Allah.
Bahkan para fuqaha mengatakan
bahawa jenayah arak ini sebenarnya
samalah seperti kesalahan mencuri
dan berzina di mana hukuman yang
bersabit dengan arak ini adalah
sebat antara 40 hingga 80 kali.


v) Larangan arak selain daripada yang
disebutkan di dalam hadis di atas
juga berlaku pada larangan
menghadiri majlis di mana arak
disediakan untuk para tetamu.
Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap
Muslim untuk menjauhi arak daripada
kehidupan mereka dan bersama
membenteras gejala tidak sihat ini
daripada terus menular
di dalam masyarakat.





Ahad, 21 Mac 2010

Keharusan Menziarahi Orang Kafir Yang Sakit




Hadith :

Anas r.a berkata:
”Seorang anak Yahudi
yang berkhidmat
dengan nabi s.a.w telah
jatuh sakit,
maka
baginda s.a.w telah datang melawatnya.
Baginda duduk di sisi kepala
serta
berkata kepada anak itu:
”Terimalah Islam
(iaitu masuklah kamu
ke dalam agama Islam)”.
Anak itu melihat kepada bapanya
yang berada di sisinya,
lalu bapanya itu berkata kepadanya:
”Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.“
(mendengar bapanya berkata demikian)
dia terus menerima agama Islam
(dengan mengucapkan
dua kalimah syadahadah).
Selepas itu nabi s.a.w keluar dari
tempat itu lantas bersyukur kepada
Allah dengan ucapan:
”Segala puji bagi Allah yang telah
menyelamatkan dari api neraka.”


(Bukhari)

Huraian

Ulama’ telah membahagikan
golongan kafir ini kepada empat golongan
iaitu kafir harbi, kafir zimmi,
kafir muahad dan kafir musta’min.
Sama ada golongan kafir ini
adalah terdiri dari kalangan saudara-mara,
jiran atau mereka yang berminat dengan Islam,
kita amat digalakkan menziarahi
mereka semasa hidupnya lebih-lebih lagi
ketika ia sedang sakit.
Hal ini termasuk dalam lingkungan
tanggungjawab sosial yang perlu
diberi perhatian sebagai lambang
syiar Islam selaku agama yang
menyuruh umatnya mengamalkan
kehidupan yang harmoni.


Sabtu, 20 Mac 2010

Positif Dan Negatif Malu






Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan


Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji.
Sesiapa yang memilikinya akan terlepas
daripada segala kejahatan kerana
dengan adanya sifat malu kita tidak
akan melakukan segala keburukan.


2. Sifat malu juga akan meninggikan
darjat keimanan orang yang
memilikinya.








Hadith :

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:

” Suatu ketika Rasulullah SAW

terserempak dengan seorang Ansar (lelaki)

yang sedang menegur saudara lelakinya

kerana ia sangat pemalu.

Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:

” Biarlah dia kerana malu adalah

sebahagian daripada iman.”



(al-Bukhari)

Huraian


Dari sudut syarak malu adalah menahan diri
dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan
sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu
yang tidak kena pada tempatnya.
Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri
ini adalah al-jahalu.


Contoh malu tersipu-sipu hingga takut
menjawab soalan guru di kelas
adalah contoh al-jahalu.
Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri
dan lemah peribadi.
Tetapi al-haya’ (malu) adalah
disebabkan sifat percaya diri dan
kuat keperibadian lantaran
kuatnya iman dalam menolak
segala sesuatu yang negatif.


Maka sifat malu itu sendiri adalah
sebahagian daripada iman dan terpuji.
Sifat malu menjadikan seseorang jauh
daripada perbuatan hina dan maksiat
sebaliknya meletakkan dirinya dalam
keadaan kesempurnaan kerana selalu
melakukan hal-hal yang positif.
Dia akan berkata bahawa:



“ Sesungguhnya aku adalah
lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk
itu dan aku lebih mulia
daripada perbuatan tercela itu.”.



Dengan perkataan lain seseorang yang
tidak mempunyai sifat malu,
dia bukanlah hidup sebenarnya,
tetapi sudah mati
atau
hampir mati imannya.

[timthumb.php.jpeg]

Jumaat, 19 Mac 2010

Dunia Hanya Sementara





Hadith :

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya:

Rasulullah S.A.W memegang bahuku

lalu ia bersabda:

” Hendaklah engkau berada dalam dunia

seolah-olah engkau

orang berdagang atau orang

yang sedang melalui di jalan

(pengembara)”. Dan adalah

Ibnu Umar r.a berkata:

”Jika engkau

berada di waktu petang,

maka janganlah engkau menunggu pagi;

dan apabila engkau berada di waktu pagi,

maka janganlah

engkau menunggu petang.

Dan

gunakanlah dari sihat engkau

bagi masa sakit engkau

dan

dari hidup engkau bagi masa mati

engkau.



(al-Bukhari)

Huraian

1. Dunia adalah tempat untuk
manusia beramal dalam sekian
waktu yang ditentukan dan
bukanlah tempat untuk bermukim,
bersenang lenang sepanjang hayat
kerana kedudukan seseorang itu
di dunia ini adalah seperti
pedagang atau pengembara
yang akan pulang ke kampung
halaman tempat asalnya
iaitulah alam akhirat
yang kekal abadi.



2. Untuk itu, tiap-tiap amal
ada waktunya di mana apabila
luputnya waktu sesuatu amal
belum tentu waktu itu akan
berulang kembali. Oleh itu
orang yang mengerti nilai
waktu akan menyedari
bahawa waktu itu sebenarnya
adalah umurnya yang jika
habisnya suatu detik waktu
maka berkuranglah jangka
hayatnya dan berkurang
pula tempoh amalnya.
Selepas itu kekecewaan dan
penyesalan tidak berguna lagi.


3. Oleh itu seseorang yang inginkan
kebahagian yang kekal abadi
hendaklah memelihara waktunya
daripada terbuang dengan
percuma atau sebelum tiba
waktu yang menghalang seperti
sibuk, sakit dan sebagainya.




Kehilangan....





Cendiakawan berpendirian sederhana




KETENANGAN pagi Rabu 10 Mac lalu telah menyaksikan pemergian ulama terkenal Mesir, Sheikh Al-Azhar Prof. Dr. Muhammad Sayed Tantawi buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kerana serangan jantung pada usia 82 tahun.

Ketika itu beliau sedang menaiki sebuah pesawat dalam perjalanan pulang ke Mesir selepas menghadiri majlis Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi.

Jenazah Tantawi dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara-mara dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Pemergian figura tersohor itu bukan sahaja meninggalkan rasa sedih dan kehilangan bagi seluruh ahli keluarga beliau. Ketiadaan Tantawi kini amat dirindui segenap lapisan masyarakat global yang mengingati ketokohan, kebijaksanaan dan keluasan spektrum pandangan minda Tantawi yang sering mengajak pendengar beliau berfikir.

"Perwatakannya sederhana, lemah-lembut apabila berbicara namun amat tegas apabila membincangkan berhubung isu dan masalah umat Islam di seluruh dunia," demikian ulasan Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut mengenai keperibadian Allahyarham Tantawi.

Berbeza dengan ulama-ulama tradisional yang lain, Tantawi, 82, merupakan seorang cendekiawan berpendirian sederhana dan lebih bertoleransi dalam menyampaikan pendapat dan hujahnya.

Menurut Nooh, secara peribadi beliau mengenali Tantawi sebagai seorang yang mudah didekati tanpa protokol atau temu janji.

Nooh pernah menjalani kursus Pengurusan Fatwa di Darul Al-Iftak, Kementerian Keadilan Mesir kira-kira sedekad lalu di bawah seliaan Tantawi.

Malah hampir semua kos perbelanjaan Nooh ditanggung oleh bekas gurunya itu.


BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut kedatangan Allahyarham Tantawi yang melawat Malaysia pada Julai 2003.


"Kerana sifat tawaduknya itu, beliau disanjungi oleh pelajar-pelajar Al-Azhar dan umat Islam di seluruh dunia selain dikagumi pemimpin-pemimpin bukan Islam," katanya kepada Kosmo!

Biarpun sibuk dengan tugasan seharian, Tantawi komited semasa mengajar malah menganggap para pelajar Universiti Al-Azhar sebagai anak-anaknya sendiri.

Nooh memberitahu, adakalanya jika berkesempatan gurunya itu akan mengimamkan mereka menunaikan solat di masjid selain tidak lokek membekalkan buku-bukunya sebagai panduan kepada pelajar-pelajar universiti.

Tantawi juga mewakafkan beberapa kawasan di sekitar Al-Azhar untuk dijadikan asrama pelajar di samping memberi bantuan biasiswa bulanan kepada mereka yang memerlukan.

Dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di perkampungan Salim As-Syarqiyyah di daerah Tama, Soohaj kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah, Mesir, Tantawi merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Minatnya dalam bidang agama terserlah apabila mula menghafal al-Quran pada usia 13 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Agama Iskandariah.

Beliau dianugerahkan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Hadis dan Tafsir dari Universiti Al-Azhar sebelum menjadi ahli fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya pada 1972.

Beliau kemudian berpindah ke Arab Saudi pada 1980 untuk menjadi Ketua Jabatan Tafsir, Universiti Madinah, Arab Saudi sebelum kembali ke Mesir lima tahun kemudian. Pada 1985 beliau menjadi dekan di salah sebuah fakulti di Institut Agama Iskandariah.

Tahun 1986 semasa ulang tahun kelahirannya ke-56, beliau telah dilantik sebagai Imam Besar Mesir dan memegang jawatan itu selama sepuluh tahun.

Kerana ketokohannya, Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah memilihnya sebagai Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Al-Azhar pada 1996.

Sebagai peneraju di universiti pertama dunia itu, beliau berjaya mengemudi Al-Azhar sama seperti tokoh-tokoh sebelumnya iaitu Mahmud Shaltut dan Prof. Dr. Abdul Halim Mahmoud lakukan iaitu melahirkan ribuan ilmuan Islam dalam pelbagai bidang.

Tantawi juga menghasilkan beberapa kitab yang kini menjadi sumber rujukan masyarakat Islam di seluruh dunia seperti tafsir al-Quran setebal 7,000 muka surat yang dikenali sebagai al-tafser al-waset yang dihasilkannya dalam tempoh sedekad.

Kontroversi

Sepanjang memegang jawatan Sheikh Al-Azhar, Tantawi dikenali sebagai seorang ulama berpandangan liberal terutama berhubung isu hak asasi wanita.

Tetapi pendapatnya sering dikritik oleh Ahli Parlimen Mesir, akhbar pro pembangkang dan pertubuhan Islam Mesir kerana dilihat terlalu menurut dasar yang ditetapkan kerajaan Mesir.

Antara isu berbangkit ialah apabila beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetuskan kritikan kumpulan hak asasi kerana tidak menurut cara Islam.


DELEGASI Mashitah (kiri) dan rombongan pegawai kerajaan Malaysia melawat Tantawi di Mesir pada penghujung Januari lalu bagi membincangkan isu-isu semasa dan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.


Tujuh tahun lalu, ketika Perancis dikritik oleh dunia Islam kerana mengharamkan tudung di sekolah-sekolah di negara itu, Tantawi menyatakan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita beragama Islam. Bagaimanapun, negara bukan Islam berhak menentukan undang-undang mereka sendiri.

Tahun lalu, sekali lagi kontroversi tercetus apabila beliau melarang purdah di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Tantawi pernah didesak meletak jawatan kerana bersalaman dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada persidangan antarabangsa di New York dua tahun lalu.

Kepada Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid, biarpun sering dikritik, Tantawi sentiasa tenang dan tidak mudah melenting malah bersedia menerima pandangan orang lain.

"Sebagai seorang yang mahir dalam bidang akidah dan falsafah Islam, Tantawi tidak gentar menyatakan kebenaran dan pendapat.

"Beliau melihat konteks Islam dalam skop yang lebih luas dan sesuai dengan perkembangan zaman," ujarnya yang juga pernah berguru bersama Tantawi selama tiga bulan di Mesir tujuh tahun lalu.

Mengambil contoh isu purdah, Mohd. Tamyes berkata, ulama itu tidak sewenang-wenang mengharamkan pemakaiannya tanpa mempunyai alasan yang kukuh serta dirasakan wajar.

Katanya, Islam tidak melihat pemakaian purdah sebagai sesuatu yang wajib kepada seseorang wanita kecuali ia boleh menimbulkan pelbagai fitnah kepada dirinya.

Beliau menjelaskan, ketika ini kerajaan Arab Saudi turut melarang pemakaian purdah dalam kalangan wanita semasa memasuki Masjidil Haram atas faktor keselamatan.

Apakah pandangan Mohd. Tamyes berhubung isu Tantawi bersalaman dengan Presiden Israel dan pemimpin-pemimpin asing wanita? Mohd. Tamyes menjelaskan, ia hanya sekadar menunjukkan perasaan hormat ulama itu kepada orang bukan Islam selain mengelakkan perasaan aib individu terbabit.

"Kita semua tahu sekali pun berjabat tangan dengan wanita ajnabi (dibolehkan berkahwin) hukumnya makruh sekiranya tiada sebab tertentu, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu.

"Sebagai orang Islam kita dikehendaki menghormati dan sentiasa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang lain selagi ia tidak menyakitinya," katanya.

Tantawi juga menolak pendekatan yang ekstrem seperti yang dilakukan oleh kumpulan Taliban dan Al-Qaeda semata-mata mahu menunjukkan permusuhan mereka terhadap bukan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan Osama Bin Laden yang memanggil pengebom berani mati semasa serangan 11 September pada 2001 sebagai jihad tidak sah dan tidak terkandung dalam ajaran Islam.

Tantawi menggelar pengebom berani mati sebagai musuh-musuh Islam dan memberitahu mereka yang berlainan agama harus bekerjasama dan seharusnya tidak bermusuh atau terlibat dalam konflik.

Menurut Tantawi, unsur ekstremisme adalah musuh Islam sedangkan jihad dibenarkan untuk membela dan membantu mereka yang tertindas, perbezaan di antara kedua-dua tindakan itu ibarat langit dan bumi.

Dalam satu kenyatannya semasa Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur dua tahun lalu, Tantawi menjelaskan terdapat perbezaan antara meletupkan diri di tempat awam dengan di tengah-tengah musuh.

"Mereka yang meletupkan dirinya dalam kalangan musuh yang cuba untuk membunuh dan memusnahkan negara mereka, maka pembunuhan diri seperti itu adalah syahid.

"Tetapi mereka yang meletupkan diri dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan di pasar awam, tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.


TANTAWI menerima kunjungan pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isterinya Camilla yang mengadakan kunjungan ke Masjid Al-Azhar di Kaherah pada Mac 2006.


Sementara itu, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy berkata, Tantawi bekerja tanpa kenal penat lelah untuk mempromosikan pemahaman antara bangsa dan agama.

Malaysia negara Islam

Keluasan ilmu agama Tantawi turut diiktiraf apabila beliau sering kali dijemput untuk menyampaikan ceramah pada seminar dan majlis ilmiah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, Tantawi kagum dengan pembangunan dan kemakmuran Malaysia yang dilihatnya berpotensi untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju satu hari nanti.

Mashitah berkata, semasa pertemuannya dengan ulama itu di Mesir pada penghujung Januari lalu, ulama itu melahirkan rasa bangganya terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya mempunyai akhlak yang baik.

"Tantawi menjelaskan, untuk mewujudkan sebuah negara Islam seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa namun tetap hidup dalam keadaan harmoni bukannya sesuatu yang mudah.

"Beliau menjelaskan kepada saya, sedangkan di beberapa negara Islam yang telah lama wujud sebelum Malaysia, masyarakatnya masih berpecah-belah dan bersengketa disebabkan perbezaan mazhab dan agama, tetapi ia tidak berlaku di Malaysia," katanya terharu kerana mendapat pujian daripada Tantawi sehingga di gelar Ummul Azhar yang bermaksud anak didik Al-Azhar atas kejayaannya dalam kerjaya dan politik.

Sepanjang hayat Allahyarham Tantawi, beliau berhadapan dengan zaman cabaran paling hebat buat umat Islam dan pemahaman global mengenai agama suci itu. Kini, beliau sudah tiada. Beliau sudah melaksanakan bahagian dan tanggungjawabnya.



Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm