Jumaat, 19 Mac 2010

Dunia Hanya Sementara





Hadith :

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya:

Rasulullah S.A.W memegang bahuku

lalu ia bersabda:

” Hendaklah engkau berada dalam dunia

seolah-olah engkau

orang berdagang atau orang

yang sedang melalui di jalan

(pengembara)”. Dan adalah

Ibnu Umar r.a berkata:

”Jika engkau

berada di waktu petang,

maka janganlah engkau menunggu pagi;

dan apabila engkau berada di waktu pagi,

maka janganlah

engkau menunggu petang.

Dan

gunakanlah dari sihat engkau

bagi masa sakit engkau

dan

dari hidup engkau bagi masa mati

engkau.



(al-Bukhari)

Huraian

1. Dunia adalah tempat untuk
manusia beramal dalam sekian
waktu yang ditentukan dan
bukanlah tempat untuk bermukim,
bersenang lenang sepanjang hayat
kerana kedudukan seseorang itu
di dunia ini adalah seperti
pedagang atau pengembara
yang akan pulang ke kampung
halaman tempat asalnya
iaitulah alam akhirat
yang kekal abadi.



2. Untuk itu, tiap-tiap amal
ada waktunya di mana apabila
luputnya waktu sesuatu amal
belum tentu waktu itu akan
berulang kembali. Oleh itu
orang yang mengerti nilai
waktu akan menyedari
bahawa waktu itu sebenarnya
adalah umurnya yang jika
habisnya suatu detik waktu
maka berkuranglah jangka
hayatnya dan berkurang
pula tempoh amalnya.
Selepas itu kekecewaan dan
penyesalan tidak berguna lagi.


3. Oleh itu seseorang yang inginkan
kebahagian yang kekal abadi
hendaklah memelihara waktunya
daripada terbuang dengan
percuma atau sebelum tiba
waktu yang menghalang seperti
sibuk, sakit dan sebagainya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.