Ahad, 21 Mac 2010

Keharusan Menziarahi Orang Kafir Yang Sakit




Hadith :

Anas r.a berkata:
”Seorang anak Yahudi
yang berkhidmat
dengan nabi s.a.w telah
jatuh sakit,
maka
baginda s.a.w telah datang melawatnya.
Baginda duduk di sisi kepala
serta
berkata kepada anak itu:
”Terimalah Islam
(iaitu masuklah kamu
ke dalam agama Islam)”.
Anak itu melihat kepada bapanya
yang berada di sisinya,
lalu bapanya itu berkata kepadanya:
”Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.“
(mendengar bapanya berkata demikian)
dia terus menerima agama Islam
(dengan mengucapkan
dua kalimah syadahadah).
Selepas itu nabi s.a.w keluar dari
tempat itu lantas bersyukur kepada
Allah dengan ucapan:
”Segala puji bagi Allah yang telah
menyelamatkan dari api neraka.”


(Bukhari)

Huraian

Ulama’ telah membahagikan
golongan kafir ini kepada empat golongan
iaitu kafir harbi, kafir zimmi,
kafir muahad dan kafir musta’min.
Sama ada golongan kafir ini
adalah terdiri dari kalangan saudara-mara,
jiran atau mereka yang berminat dengan Islam,
kita amat digalakkan menziarahi
mereka semasa hidupnya lebih-lebih lagi
ketika ia sedang sakit.
Hal ini termasuk dalam lingkungan
tanggungjawab sosial yang perlu
diberi perhatian sebagai lambang
syiar Islam selaku agama yang
menyuruh umatnya mengamalkan
kehidupan yang harmoni.


6 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi... Islam ini indah... :)

    BalasPadam
  2. salam cikgu

    Sesuatu yang baik harus diteruskan...cantiklah blog cikgu!

    BalasPadam
  3. Salam > Mama Ju
    Mama Ju sokong eh! Terima kasih Mama Ju.

    BalasPadam
  4. Salam > Solehah
    Kan Islam tu Indah dik. Segalanya dipermudahkan. Manusia yang menjadikan sesuatu itu sukar.
    Terima kasih catat sesuatu di sini yea.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.