Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Oleh itu,
apabila engkau membaca Al-Quran,
maka hendaklah engkau
terlebih dahulu memohon perlindungan
kepada Allah dari hasutan
Syaitan yang kena rejam”
(QS An-Nahl: 98)
Hadis Junjungan Nabi SAW bermaksud :
"Aku berlindung kepada Allah
dari syaitan yang terkutuk,
dari semburannya (yang menyebabkan gila),
dari kesombongannya, dan dari hembusannya
(yang menyebabkan kerosakkan akhlak)"
(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud,
Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan disahkan olehnya
serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).
AYAT-AYAT MANZIL
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas
Surat Dari Maulana Muhammad Talha
Anak Maulana Muhammad Zakaria (RAH) Mengenai “MANZIL”
Ayat-ayat Al-Quran terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Al-Manzil”. Alim ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasullullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan alim ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) teah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar” “Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”.
Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripa Al-Quran yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara berasing. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani
Assalamu'alaikum Cikgu Rohani
BalasPadamPaparan cikgu itu memang bermanfaat. Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah selalu.