:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 1 September 2010

Malam misteri : Lailatul Qadar.....


http://ummatanwasatan.net/wp-content//ramadan.jpg


Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ )
(malam ketetapan) adalah satu malam penting
yang terjadi pada bulan
Ramadhan,
yang dalam
Al Qur'an digambarkan sebagai
malam yang lebih baik dari seribu
bulan.
Dan juga diperingati sebagai malam
diturunkannya Al Qur'an.
Keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada
Surat Al Qadar,
surat ke-97 dalam Al Qur'an.




http://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/4/4b/Al-Qadr.png

Maksud:

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar,


[2] Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui apa dia kebesaran
Malam Lailatul-Qadar itu?


[3] Malam Lailatul-Qadar
lebih baik daripada seribu bulan.



[4] Pada Malam itu,
turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,
kerana
membawa segala perkara
(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);


[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah
ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr
menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang
memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.
Ayat di atas berdasarkan katakunci berikut:

1. Menurunkan...
2. Lailatul Qadr...
3. Tidak kamu ketahui...
4. Lebih baik daripada...
5.Seribu bulan...
6. Diturunkan malaikat dan ruh padanya...
7. Dengan izin tuhan mereka...
8. min kulli amr...
9. sejahtera...
10. sehingga terbit fajar......




Maksud dan fokus ayat di atas diperkuatkan
oleh satu Hadis Nabi yang bermaksud:



``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang
kepada kamu, dalamnya ada satu
malam. Amal ibadah yang dilakukan pada
malam itu lebih baik dan lebih besar
ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan.
Sesiapa yang kehilangan malam
itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan.
Dan tidak akan kehilangan semua
perkara itu, kecuali
orang yang diharamkan
(tidak mendapat petunjuk) daripada
Allah.''

(Riwayat Ibnu Majah)





Surah Al-Qadr dan Malam Al-Qadr



Salah satu ayat dalam surah Al-Qadr
menyentuh malam kemuliaan iaitu malam
penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran).
Malam Al-Qadr merupakan malam penuh
keberkatan (iaitu mendapat keampunan,
rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.) dan
ditetapkan oleh Allah segala urusan
berdasarkan kebijaksanaanNya.
Pengertian surah
Al-Qadr sepatutnya dibaca bersekali
dengan surah Al-Dukhan ayat 3-5:





yang bermaksud:



[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat;
(Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan
dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).


[4] (Kami menurunkan Al-
Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan
(kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku,
(tidak berubah atau bertukar).



[5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat
kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.



[6]
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya
Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan
hamba-hambaNya).



[7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan)
langit dan
bumi serta segala yang ada diantara keduanya;
kalau betul kamu orang-orang yang
yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).



[8]
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan
Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah
lalu.








Istilah qadr mempunyai tiga maksud;
iaitu
pertama; menetapkan,
kedua kemuliaan
dan ketiga penyempitan.


Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan,
pada malam
tersebutlah Allah telah menentukan
perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah
Nabi Muhammad s.a.w. ke arah
jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah
aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah
walaupun penuh ranjau duri.

Kedua,
malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran
(nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut.


Ketiga,
berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang
membawa rahmat dan keampunan Allah.



Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10
malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua.

Pastinya Allah akan
menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan
bukan hanya untuk semalam dua sahaja.


Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita
perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruangruang
kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t...



Adapun
ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu
memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada
keselangselian.



Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.



Mencari Lailatul Qadar

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...