Sabtu, 28 Februari 2015

Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik :)






Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w: 
Carilah ilmu sebelum lahir 
orang-orang yang suka mempertikaikan
 nilai-nilai agama´.  


(Hadis Riwayat Bukhari)





Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
Sebaik-baik kamu ialah orang
 yang belajar Al Quran dan mengajarkannya
 kepada orang lain´. 


(Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi)






Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda :
Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh,
dan tentu telah bersama ilmu itu akan
ketenteraman dan kewibawaan. Dan
hendaklah kamu bersifat tawadhuk
bagi guru yang kamu belajar kepadanya´. 

(Hadis Riwayat At Tabrani)






Daripada Sahal Bin Saad r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda:
 Demi Allah,
bahawa memberi petunjuk oleh Allah
akan seorang dengan sebab engkau,
maka itu lebih baik daripada
unta yang merah (sejenis kenderaan
yang paling mahal pada zaman dahulu)´. 

(Hadis Riwayat Abu Daud)







Daripada Sahal Bin Said r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada
anak kuncinya. Maka untung sekali
bagi seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan.
 Dan celaka bagi seorang hamba
yang menjadi anak kunci
bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan´.

 (Hadis Riwaat Ibnu Maah)






Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:  
Barangsiapa mencari ilmu
lalu ia mendapatkannya maka
baginya dapat dua pahala. Dan
barangsiapa mencari ilmu tetapi ia
tidak mendapatkannya
maka baginya dapat satu pahala ´. 

 
(Hadis Riwayat Al Darami)






Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar
telah dating mengadukan hal kepada
Rasulullah s.a.w. Ia berkata:
Wahai Rasulullah!
Aku sungguhnya telah mendengar
perkataanmu dan aku sangat kagum
dan hairan dengan keindahannya,
tetapi aku tidak dapat menghafaznya.
Maka apa yang perlu aku lakukan?  
Maka sabda Nabi s.a.w:
Hendaklah engkau menggunakan
 tangan kananmu´. Sambil mengisyaratkan
 supaya ia menulis apa
 yang ia dengarkan´.

 (Hadis Riwayat At Tirmizi)







Daripada Abu Hurairah r.a berkata: 
Tiada ada dari keseluruhan
sahabat Rasulullah s.a.w orang
yang paling banyak meriwayatkan hadis
 lebih daripada aku, kecuali  
Abdullah Bin Umar, maka dia l
ebih banyak daripada aku, kerana
 dia menulis dan aku tidak menulis. 
 
(Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi)








Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata:
Rasulullahs.a.w bersabda: 
Barangsiapa mencari ilmu
untuk menandingi para ulama  atau
mengalahkan orang-orang
 yang jahil, atau untuk memusatkan
 perhatian manusia kepadanya,maka
orang ini akan dimasukkan Allah
ke dalam api neraka ´. 

(Hadis Riwayat Tirmizi)







 
Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda:  
Sebaik-baik sedekah itu
bahawa muslim itu belajar akan
 suatu ilmu kemudian dia
mengajarkannya akan  
saudaranya yang muslim´. 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.