Sabtu, 6 September 2014

Mencari dan Mendapat Keberkatan Hidup :)







Mencari dan Mendapat 
Keberkatan Hidup




Perkataan berkat bermaksud 
perkembangan dan kebaikan. 
Secara umumnya ,
kita boleh menyatakan 
maksud berkat (barakah) 
di sini adalah memohon restu
 dari Allah SWT agar
 dikurniakan kebaikan 
yang berkembang . 
Berkat ini
 tidak syak lagi 
adalah dengan keizinan
 Allah SWT.
 Jika seseorang itu 
memohon kepada Allah
 agar memberkati rezekinya ,
 maka jika Allah kehendaki,
 dia akan memberi berkat 
kepada seseorang itu.
 Sebagaimana berkata Nabi Isa AS 
firman Allah SWT : 




"Dan Dia
 menjadikan daku
 seorang yang berkat 
di mana sahaja
 aku berada"


 [Surah al-Maryam ayat 31]




Allah SWT
 adalah al-Mubaarik 
(pemberi restu/berkat) 
dan hamba-Nya
 adalah al-Mubaarak; 
seseorang yang diberkati
 sebagaimana yang
 dinyatakan di dalam
 ayat di atas. Sifat memberi
 berkat ini hanyalah milik 
Allah SWT.
Berkat Allah adalah di mana 
sahaja Dia letakkan.



Firmannya: 



"Dan juga Kami
 telah menurunkan dari langit 
air (hujan) yang banyak
 faedahnya (keberkatannya)"


 [Surah Qaaf ayat 9]





 Allah SWT bersifat 
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Tanda Allah SWT kasih kepada
 hamba-hamba-Nya adalah 
Allah SWT memberi pertolongan,
 rahmat dan keberkatan 
dalam kehidupan. 






Terdapat lima keberkataan
 kurniaan Allah SWT 
diberikan-Nya kepada hamba-hamba
 yang dikasihi-Nya iaitu :





1. Keberkatan pada umur.


2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.



3. Keberkatan pada rezeki.



4. Keberkatan pada berjemaah.



5. Keberkatan pada ilmu.




Huraiannya:



 Tanda-tanda keberkataan itu 
ada lima perkara seperti berikut :




Pertama: Keberkatan Pada Umur.



 Rasulullah SAW bersabda 
yang bermaksud: 



"Sebaik-baik manusia
 menurut pandangan Allah
 (Islam) ialah orang yang
 panjang umurnya dan baik pula
 perbuatannya, sedang
 seburuk-buruk manusia ialah 
orang yang panjang umurnya
 tetapi buruk pula perbuatannya"


[Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim]




Berdasar kepada hadis tersebut 
apa yang dapat kita simpulkan 
bahawa amalan yang baik yang 
menjadi fokus kepada nilaian
 Allah SWT.  Sekiranya kita
 diberi peluang untuk hidup lama
 di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup
 di dunia dan bekalan akhirat ia 
adalah sia-sia. Tetapi sekiranya
 kita menggunakan peluang umur 
yang panjang itu untuk
 berbuat baik ia mendapat 
tempat terbaik disisi Allah. 
Inilah maksud umur yang 
diberkati Allah SWT. 
Sebaiknya pula jika seseorang 
memiliki umur panjang sedangkan 
kejahatannya melebihi kebaikannya
 ini bermakna tidak ada keberkatan 
pada umurnya dan bersiap sedialah
 untuk memasuki Neraka.





Sabda Nabi SAW maksudnya:




 “Jika seseorang 
telah mencapai umur 40 tahun 
sedangkan kebaikannya
 tidak lebih banyak dari kejahatannya
 maka syaitan akan mengusap usap
 wajahnya sambil berkata;
 'demi ayahku wajah ini
 tidak akan beruntung' "




Dalam riwayat lain 
Nabi SAW bersabda maksudnya: 



“Siapa yang sudah 
berumur 40 tahun sedangkan 
kebaikannya tidak lebih baik 
dari keburukannya, maka 
hendaklah ia bersiap siap
 masuk Neraka”





Kedua: Keberkatan dalam hidup berkeluarga.



 Keluarga yang berbahagia
 adalah keluarga yang memiliki
 ketenangan dan kebahagiaan. 
Sentiasa rukun damai dan 
lahir kasih sayang diantara suami,
 isteri dan anak-anak.
 Saling nasihat menasihati, 
hormat menghormati dan percaya
 mempercayai di antara satu sama lain.
 Sikap rahmah (kasih sayang)
 kepada pasangan hidup dan 
anak-anak merupakan tulang belakang keharmonisan keluarga. 
Rasulullah SAW memanggil
 Aisyah dengan panggilan yang 
memanjakan, dengan gelar yang
 menyenangkan hati. 
Bahkan baginda membolehkan 
seseorang berdiplomasi kepada 
pasangan hidupnya dalam usaha
 membangun kasih sayang. 
Suami atau isteri harus mampu 
menampilkan peribadi yang 
dapat menimbulkan rasa 
tenteram, senang kerinduan. 
Ingat, di atas rasa
 kasih sayanglah pasangan 
dalam keluarga dapat melayari 
bahtera kehidupan dengan
 aman dan damai.




Tarbiyah (pendidikan) 
merupakan keperluan asasi
 setiap manusia. Para suami yang
 telah aktif dalam medan dakwah 
biasanya akan mudah
 mendapatkan hal ini.
 Namun, isteri juga memiliki 
kemampuan untuk meneruskan
 tarbiyah ini untuk anak-anaknya. 
Nafkah yang halal merupakan
 tanggung jawab suami untuk
 ahli keluarganya.
 Jika tidak berjalan tarbiyah 
dalam keluarga maka akan berlaku
 pergeseran, pertengkaran dan 
pergaduhan yang tidak berkesudahan 
hingga membawa kepada penceraian.





Keluarga yang diberkati
 Allah SWT akan melahirkan 
ciri-ciri Baitul Muslim dalam
 keluarga tersebut dan keluarga
 yang tidak mendapat keberkataan
 melahirkan pergolakkan dan 
perselisihan sama ada di antara 
suami isteri dan juga diantara
 ibu bapa kepada anak-anaknya. 
Oleh itu, jadikanlah Islam
 sebagai panduan hidup berkeluarga 
barulah mendapat rahmat , ketenangan
 dan keberkatan daripada
 Allah SWT.





Ketiga: Keberkatan Pada Rezeki.




 Rezeki yang berkat 
adalah rezeki yang diperolehi
 daripada sumber-sumber yang halal. 
Dan digunakan pula 
rezeki tersebut untuk kebaikan
 dan di jalan Allah SWT. 
Apabila kita mensyukuri 
rezeki Allah SWT 
maka Allah SWT akan 
memberkati hidup kita dan Dia
 akan memberi tambahan rezeki
 dijalan yang tidak disangka-sangka.





Rasulullah SAW bersabda 
yang maksudnya:



 “Makanan untuk
 seorang mencukupi untuk
 dua orang dan makanan untuk
 dua orang mencukupi untuk 
empat orang dan makanan
 untuk empat orang mencukupi
 untuk lapan orang.” 


[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]





Setiap Mukmin hendaklah 
mempunyai sifat qanaah
 iaitu redha dan menerima 
apa yang ada tanpa 
banyak menuntut perkara 
yang bukan keperluannya. 
Lawan bagi sifat qanaah ialah 
tamak yang menjadikan seseorang itu
 sentiasa cemburu dan dengki 
dengan rezeki yang diperolehi
 oleh orang lain. Salah satu cara untuk 
menanamkan sifat qanaah kepada
 diri dan keluarga ialah
 dengan sentiasa mengucapkan 
‘Alhamdulillah’ diatas setiap 
perbuatan atau perkara baik 
yang diterima.





Rasulullah SAW
 pernah bersabda yang maksudnya:



“Tiada seorangpun
 yang berdoa kepada Allah
 dengan suatu doa, kecuali
 dikabulkan-Nya dan dia 
memperolehi salah satu 
daripada tiga keadaan, iaitu
 dipercepatkan penerimaan doanya 
di dunia, disimpan (ditunda) 
untuknya sampai di akhirat atau
 diganti dengan mencegahnya 
daripada musibah (bencana)
 yang serupa.” 



[Hadis riwayat at-Tabrani]





Rezeki adalah 
ketentuan Allah SWT. 
Untuk menambah keberkatannya
 hendaklah membiasakan diri
 dengan sifat pemurah dan tidak bakhil 
untuk bersedekah kepada orang lain 
kerana hal ini akan memberikan
 ketenangan kepada diri malah
 akan lebih disayangi oleh
 masyarakat kerana 
sesungguhnya, 
harta yang kita miliki 
terdapat hak-hak orang lain 
di  dalamnya yang wajib 
kita tunaikan. 
Kekayaan yang sejati 
adalah kekayaan iman
 yang tercermin dari kesederhanaan
 hidupnya dan kesederhanaan itu
 tercermin dari sifatnya yang qanaah.





Kita sering mendengar 
berita orang kaya rezekinya
 melimpah ruah tetapi hidup 
keluarganya porak peranda,
 anak-anaknya menjadi
 penjenayah dan penceraian
 berlaku diantara suami istari. 
Ini menunjukkan tidak ada
 keberkatan rezeki yang mereka
 perolehi ada sesuatu yang 
tidak kena maka berlakulah
 keadaan seperti ini. 
Kita juga mendengar 
suatu keluarga yang 
pendapatannya kecil menanggung
 anak-anak yang ramai tetapi
 anak-anaknya menjadi insan 
yang berakhlak mulia dan berjaya
 didalam kerjaya dan kehidupan.
 Ini menunjukkan ada
 keberkatan rezeki yang dikurniakan
 oleh Allah SWT.





Dari Abu Hurairah RA
 berkata bahawasanya
  Rasulullah SAW bersabda
 yang bermaksud:


 Allah telah berfirman :


 “telah berfirman Allah
 kepada malaikat pembahagi
 (pengedar) rezeki
 kepada bani Adam: 
mana satu hamba-Ku
 yang kamu temui menujukan 
harapannya
 kepada Aku semata,
 maka jaminkanlah rezekinya
 langit dan bumi. 
Dan mana satu hamba-Ku 
yang kamu temui sedang 
mencari rezekinya, 
sesungguhnya dia sedang 
menuntut keadilan,
 maka lorongkanlah 
jalan-jalannya tetapi jika dia
 menuntut selain dari itu, 
maka biarkanlah antara
 mereka dengan apa
 yang mereka tuntut itu,
 kelak mereka tidak akan 
memperolehi lebih daripada
 apa yang telah Aku tentukan
 untuk mereka itu.” 



[Hadis riwayat Abu Naim]




Oleh itu, sentiasalah 
bersangka baik pada Allah
 dalam apa jua keadaan pun, 
kerana kasih sayang Allah itu
 mendahului kemurkaan-Nya.
 Dan pastikan sumber rezeki
 yang kita perolehi dari sumber
 yang halal dan tidak meninggalkan 
suruhan Allah SWT
 semasa mencari rezeki.
Rezeki yang diperolehi akan
 diberkati dan hidup kita
 akan sentiasa mendapat 
rahmat Allah SWT.





Keempat: Keberkatan Hidup Berjemaah.




 Hidup kita di dunia ini
 tidak boleh berseorangan
 kita perlu kepada berjemaah. 
Hidup berjemaah akan
 membawa keberkatan sedangkan
 hidup tanpa jemaah akan 
membawa kepada kehancuran.





Daripada Huzaifah RA berkata:



 “Orang-orang Islam 
yang lain bertanya 
Rasulullah SAW tentang
 kebaikan dan saya bertanya
 Rasulullah tentang kejahatan,
 kerana saya bimbang (takut) 
saya terjatuh kedalam kejahatan,
 lalu saya berkata kepada
 Rasulullah SAW :    



 “Ya Rasulullah, 
kami sesungguhnya berada
 di dalam keadaan 
jahiliah dan kejahatan, 
tetapi Allah hantarkan kebaikan, 
apakah ada selepas
 kebaikan ini kejahatan?”




Rasulullah SAW menjawab:


 “Ya ada”

 
Kemudian saya bertanya lagi:


 “Apakah selepas
 kejahatan ini 
ada kebaikan?”


Rasulullah SAW menjawab:

 “Ya ada, 
tetapi di dalamnya 
ada dakhan”



Kemudian saya bertanya
 kepada Rasulullah SAW :


 “Apakah dakhan itu?”


Rasulullah SAW menjawab :


 “ Yang dimaksudkan 
dakhan itu adalah suatu kaum 
yang mengambil suatu peraturan 
lain dari Sunnahku dan 
mengambil Petunjuk lain
 dari Petunjukku,
 kamu kenal mereka maka 
hendaklah kamu tolak mereka.”


Saya bertanya lagi:

 " Adakah selepas itu (kebaikan),
 ada lagi kejahatan? ”


Rasulullah SAW menjawab: 


“Ya ada, 
iaitu pendakwah (penyeru) 
yang berada di tepi
 jurang neraka,
 siapa yang menyahut 
seruan mereka akan dicampakkan
 ke dalam neraka”


Saya bertanya: 


“Wahai Rasulullah, 
apakah perintahmu jika saya
 sampai pada masa itu
 (iaitu masa penyeru-penyeru 
yang menyeru di tepi jurang neraka)?”



Rasulullah SAW menjawab: 


“Hendaklah kamu duduk
 bersama-sama Jemaah Muslimin
 dan ikut imam mereka” 




{Hadis Riwayat Imam Bukhari, 
Muslim dan Abu Daud]





Hidup kita akan mendapat 
keberkatan jika kita duduk
 di dalam jemaah.
 Rasulullah dan sahabat-sahabat
 baginda hidup bersama
 jemaah Islam yang dibentuk
 oleh baginda. Di dalam 
jemaah inilah berlakunya
 proses tarbiyah imaniah
 berjalan hingga melahirkan
 satu generasi umat Islam yang
 paling baik dalam sejarah manusia. 
Hasil dari jemaah ini 
melahirkan Daulah Islamiyah
 yang mendaulatkan hukum-hukum
 Allah SWT.
Berjemaah membawa berkat 
dan perpecahan membawa azab.





Kelima: Keberkatan Pada Ilmu.



 Ilmu yang bermanfaat 
secara mutlak di dunia dan
 akhirat adalah ilmu syar’i
 (ilmu Islam).
Ilmu yang pengamalnya
 yang diikhtiraf oleh 
Allah SWT dan Rasulullah SAW,
 ilmu ini adalah seperti yang 
diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby 
di dalam kitab Al Muwafaqot:



 “Ilmu yang muktabar 
menurut syara ’ adalah
 ilmu yang mendorong 
pemiliknya untuk beramal,
 yang tidak membiarkan 
pemiliknya mengikuti hawa
 nafsunya bagaimanapun ia, 
bahkan ia mengikat pengikutnya
 dengan ilmu tersebut, 
yang membawa pemiliknya
 mematuhi aturan-aturannya
 suka atau tidak suka”.





Mengenai ilmu pengetahuannya
 yang bermanfaat 
kepada orang lain.
 Dengan kata lain, 
segala ilmu yang dapat 
memberikan manfaat kepada 
orang lain dan dapat
 menambahkan ketakwaan mereka
 kepada Allah SWT. 
Maka selama ilmu itu 
masih dipelajari, selama itulah 
orang yang mengajarkannya
 pada peringkat permulaan itu 
akan mendapat pahala yang 
berterusan yang akan 
dimasukkan ke dalam 
catatan amalan kebajikannya. 
Antara lain, seperti apabila
 seseorang yang mengarang kitab
 untuk rujukan orang lain, 
maka selagi kitabnya dapat 
memberikan manfaat kepada
 orang lain, 
maka Allah akan 
mengurniakan ganjaran dan 
pahala yang berterusan kepada 
pengarang kitab tersebut.





Ilmu yang berkat adalah
 ilmu yang difahami, 
dilaksanakan dan disampaikan 
pada orang lain. 
Ilmu yang berkat juga 
akan mendekatkan diri kita
 kepada Allah SWT.





Marilah sama-sama kita
 muhasabah balik pada diri kita
 kenapakah sering kita mengalami
 kerisauan, jiwa sentiasa tidak
 tenang dan tekanan hidup
 yang semakin meningkat.
 Jika kita kaji pasti kita
 akan dapat jawapannya iaitu 
tidak wujud keberkatan
 dalam hidup kita.
 Iaitu tidak ada keberkatan 
pada umur, hidup berkeluarga, 
rezeki , berjemaah dan pada ilmu.
 Oleh itu ,
 perlulah kita kembali kepada 
Allah SWT dengan mentaati
 segala perintah-Nya dan 
meninggalkan segala
 larangan-Nya.
Insya Allah rahmat dan
 keberkatan daripada
 Allah SWT akan kita perolehi. 


~ Cahaya ilmu ~




"  Ya Allah,
 rahmatilah pembaca blog ini, 
sihatkan ia,
 ampunilah dosa-dosanya, 
berkatilah amalannya,
 janganlah Engkau
 balikkan hatinya setelah
 Engkau beri petunjuk dan 
hidayah kepadanya dan
 Ya Allah 
masukkanlah ia dan
 keluarganya ke dalam 
syurga FirdausMu
 serta jauhkanlah ia dan 
keluarganya dari 
azab nerakaMu. 
Sesungguhnya Ya Allah, 
hanya kepada Engkau 
kami sembah dan hanya 
kepada Engkau sahajalah 
kami meminta pertolongan. 
Ya Allah
 jika rezeki
 pembaca blog ini
 masih di atas langit,
 turunkanlah ia, 
jika rezekinya 
di dalam bumi, 
keluarkanlah ia, 
jika rezekinya jauh,
 dekatkanlah ia, 
jika rezekinya haram, 
sucikanlah ia dan jika 
rezekinya sukar,
 Engkau permudahkanlah ia 
Ya Allah 
kurniakanlah kepada kami
 segala kebaikan sebagaimana
 yang Engkau kurniakan 
kepada hamba-hamba Mu
 yang soleh. 
Amin Ya Rabbal Alamin. "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.