Ramadan dan kemenangan
ALHAMDULILLAH
dengan
kunjungan Ramadan dan turunnya al-Quran pada bulan ini adalah salah satu
isyarat bahawa kemenangan Islam sudah pasti wujud berdasarkan catatan sejarah.
Firman Allah SWT
yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa
daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu."
(al-Baqarah: 185)
Madrasah Ramadan
merupakan madrasah jihad dan kemenangan yang dicatatkan di dalam sejarah Islam
sebagai contoh antara peristiwa besar yang mewarnai sejarah kegemilangan umat
Islam itu ialah:
Permulaan Nuzul al-Quran
(25 atau 17 Ramadan). Ia merupakan titik permulaan peradaban manusia. Ini
kerana ia menyingkap kegelapan jahiliah seterusnya dipancarkan sinar keilmuan
Islam melalui kitab Ilahi dengannya tertegak tamadun Islam dan insan. Maka
beruntunglah mereka yang berpegang dengan kitab suci al-Quran yang
menjadikannya petunjuk dan pedoman hidup.
Kemenangan dalam
Peperangan Badar pada tahun ke-2 Hijrah, di mana tentera Islam seramai 313 orang
dengan kelengkapan yang amat daif tetapi membawa ketinggian iman dan keyakinan
kepada Allah SWT, telah dapat mengalahkan musuh yang mempunyai kelengkapan
dengan jumlah melebihi 900 orang yang dipimpin oleh Abu Jahal. Kemenangan ini
merupakan suntikan semangat kepada umat Islam untuk bersama menegakkan agamanya
dan mempertahankan Nabi SAW.
Persediaan Rasulullah SAW
daripada sudut ketenteraan dalam menghadapi tentangan golongan Quraisy kerana
membalas dendam atas kekalahan peperangan Badar pada tahun ke-3 Hijrah.
Pada tahun ke-5 Hijrah,
para sahabat bersedia menghadapi Peperangan Khandak.
Pada tahun ke-6 Hijrah
berlaku peperangan kecil membabitkan 130 orang mujahid Islam memerangi Bani
Abdillah bin Salabah
yang menzahirkan permusuhan.
Peristiwa meruntuhkan
segala bentuk berhala di Kaabah dan di Kota Mekah pada bulan Ramadan, tahun
ke-7 Hijrah.
Pembukaan Kota Mekah pada
tahun 8 Hijrah, juga berlaku pada bulan Ramadan. Ini hasil daripada pencabulan
perjanjian yang dimeterai antara Rasulullah SAW dengan puak Quraisy dalam
Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah. Dengan kemenangan tersebut, umat
Islam dapat menjadikan Mekah sebagai kota Islam di mana terdapatnya Kaabah yang
menjadi kiblat umat Islam seluruhnya.
Kedatangan rombongan
Thaqif dari Taif menemui Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan pada tahun ke-9
Hijrah untuk memeluk Islam.
Utusan Rasulullah SAW
dengan mengiringi Ali bin Abi Talib ke Yaman pada bulan Ramadan, yang membawa
pengislaman penduduk Yaman, iaitu pada tahun ke-10 Hijrah.
Pada tahun ke-13 Hijrah
berlaku peperangan al-Buaib di bulan Ramadan. Peperangan ini berlaku di Iraq di
antara tentera Islam dan Parsi. Ketua tentera Islam bernama al-Muthanna bin
Harithah, manakala ketua Parsi bernama Mahran. Peperangan ini berakhir dengan
kemenangan yang besar di pihak tentera Islam, selain berjaya membunuh hampir
100,000 tentera musuh.
Peperangan Qadisiyah yang
menyaksikan kemenangan bergaya tentera Islam menumbangkan Parsi pada tahun
ke-15 Hijrah.
Pada tahun 31 Hijrah,
pembukaan al-Nubah dan perjanjian al-Qibt. Al-Nubah ialah kawasan di selatan
Mesir yang mana kebanyakan penduduknya beragama Kristian. Pembukaannya
dilakukan oleh seorang sahabat bernama Abdullah bin Saad bin Abi Sarh.
Pada tahun 53 Hijrah,
pembukaan Semenanjung Rhodes. Pembukaan ini dilakukan oleh Janadah bin Abi
Umayyah pada bulan Ramadan setelah menerima tentangan daripada musyrikin yang
merupakan lanun di lautan.
Pada tahun 67 Hijrah
terkuburnya negeri al-Mukhtar al-Thaqafi. Seorang pendusta yang sesat yang
pernah disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul dalam kalangan Bani Thaqif. Dia
mendakwa didatangi wahyu sehingga ulama pada masa itu menyesatkannya. Gabenor
Basrah Musab bin
al-Zubair telah mengepalai peperangan menentang al-Mukhtar di Kufah dalam satu
peperangan yang hebat sehingga akhirnya al-Mukhtar berjaya dikepung dan
dipancung kepalanya.
Pada tahun 91 Hijrah,
Tariq bin Ziyad berjaya menguasai Kota Andalusia. Peristiwa ini sebagai
mukadimah bertapaknya Islam di negara Eropah sehinggalah ke kawasan lain.
Pada tahun 102 Hijrah,
peristiwa pembukaan bandar-bandar di negara Perancis. Antara bandar yang dibuka
yang dibuka ialah Touloise, Sabtamania dan Urbunah. Kukshonah dan Sans iaitu
kawasan yang jauhnya 30 batu dari ibu kota Perancis. Pembukaan ini berjaya
dilakukan setelah kekalahan teruk yang dihadapi tentera Perancis di dalam
peperangan dengan tentera Islam.
Peperangan ini berterusan
sejak zaman Musa bin Nusair menjadi Gabenor Andalus, kemudian diganti dengan
anaknya, Abdul Aziz setelah kematiannya. Jawatan itu kemudiannya diserahkan
kepada al-Samh bin Malik al-Khulani atas arahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Setelah itu diserahkan kepada Anbasah bin Sulaiman al-Kalbi. Beliau meneruskan kemaraan
bersama Islam membuka kota-kota di selatan Perancis.
Semoga dengan catatan ini
memberi semangat kepada kita untuk menjadi umat yang cemerlang dan berjaya di
dunia seterusnya di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.