Rabu, 23 April 2014

Sujud Syukur :)

http://islamicartdb.com/wp-content/uploads/cache/2014/04/arabic-calligraphy-64/3490560106.png

Sering kali kita mendapat nikmat dan kita hendak bersyukur. 
Adakah memadai dengan ucapan 'Alhamdulillah'.
 Untuk menzahirkan kesyukuran kita adalah terlebih baik kita melakukan sujud syukur setiap hari.
 Ini kerana nikmat Allah SWT tidak terbilang banyaknya.
 Allah SWT akan menambahkan nikmat kita jika bersyukur. Dan yang pastinya selepas kita
 sering kali melakukan sujud syukur ini kita akan dapati nikmat kita
 melimpah ruah dan kita sering dimudahkan dalam apa sahaja 
kesulitan yang kita alami. Insya Allah Taala. 





DEFINISI





Sujud Syukur  ialah sujud terima kasih kerana mendapat 
nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan
 kesusahan yang besar. Elok diamalkan setiap hari selepas selesai solat. 

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan
 atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya 
. Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri.



Dalilnya 




" Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa
 Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang
 mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud 
berterima kasih kepada Allah taala. "
Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. 


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtoytsTaRRGURZLK13UeKFjpLmE1ZWQc_dRBjbDRKepo2OhmxI5eONnA9jfmbdJ3pLpHDR-6trpBHheMKcTjGl6C7hW8D4YKmBVx7sYvLxISFla8aS18sygdwFfiTXhA5qcxXc7h26BaDB/s1600/sujud+syukur.jpg
Rukunnya 


1 Niat ' Shj aku sujud syukur krn Allah Taala' dilintaskan semasa menyebut 'Allahu Akbar'.

2 Takbiratulihram ..' Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan.

3 Sujud ..sekali sahaja

4 Memberi salam , slps sujud duduk tawaruk (tahiyat akhir) dan beri salam.

Syarat-syaratnya 

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 

a. Suci dari hadath besar dan kecil 

b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 

c. Menghadap ke kiblat 

d. Menutup aurat 




 Fadhilat:


Syaitan menangis semasa kita sujud.  
Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): 
“Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka”(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)

  1. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  2. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.



 Cara-cara melakukannya :


Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 

Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 

Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) 

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.


 http://4.bp.blogspot.com/-wtNZbc2aHFs/UojN-JyRDlI/AAAAAAAAFu4/fbIyPw5-4nM/s1600/ronyanuar1.jpg
AKU SUJUDKAN WAJAHKU KEPADA ZAT
YANG TELAH MENCIPTAKAN DIRIKU
DAN YANG TELAH MEMBUKAKAN
PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN
DENGAN KEKUASAAN DAN 
KEKUATAN NYA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.