Sabtu, 22 Februari 2014

Qul Huwallahu Ahad




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvIVP8wkWM84iZ-y3u-Nf4z2XYgpV4-rh_1Kkpwv0AntTfXg3sVHc3vLTVlAs9v4QDNG8qPSel-1JUhd-E5EmT1HkbeH_NU9am3Dz0y0eKJBxmCyajCfvCqDsFUoqCshmZpAs9lh61e1po/s1600/Surah+Al-Ikhlas,+Al-Falaq,+An-Naas.jpg 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hadis riwayat Anas bin Malik, 
menyatakan bahwa 
Rasulullah Saw bersabda :





 Barangsiapa membaca 
Surah Al-Ikhlas satu kali, 
seolah-olah dia membaca
 sepertiga Quran. 
Barangsiapa membacanya 
dua kali, seolah-olah dia
 membaca dua pertiga Quran. Barangsiapa membacanya 
tiga kali, seolah-olah dia
 membaca Quran seluruhnya.
 Dan barangsiapa membacanya 
sepuluh kali, 
dibina Allah untuknya 
sebuah rumah dalam syurga
 terbina dari permata yakut
 yang berwarna merah.





Sabda Rasulullah Saw 
yang maksudnya :



 Hai Aisyah,
 engkau jangan tidur dulu
 sebelum engkau kerjakan 
empat perkara :


 1. Khatamkan Al-Quran,


 2. Jadikan semua Nabi 
membelamu nanti pada 
hari kiamat,



 3. Jadikan semua orang
 mukmin rela kepadamu, dan




 4. Kerjakan Haji dan Umrah.




Kemudian Rasulullah pun solat, sedangkan Aisyah tinggal 
ditempat tidur. Selesai Solat, 
Aisyah pun berkata : 




 Rasulullah, 
tebusanmu ibu dan ayahku, 
Rasulullah suruh saya 
mengerjakan empat perkara
 yang saya tidak sanggup 
melakukannya pada waktu ini.
  Beliau tersenyum, 
seraya bersabda :  



Apabila engkau membaca
 Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), 
maka seolah-olah engkau
 telah mengkhatamkan Al-Quran.
 Jika engkau membaca selawat kepadaku dan kepada 
semua Nabi sebelumku,
 maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada
 hari kiamat. Dan 
apabila engkau 
meminta ampunkan 
orang-orang mukmin,
 maka tentu 
semua mereka nanti
 akan rela kepadamu. 
Dan apabila engkau 
membaca Subhanallah, 
Walhamdulillah, 
Walailahaillallah, Wallahu Akbar, 
maka sesungguhnya 
engkau bererti telah 
mengerjakan
 Haji dan Umrah.






Hadis itu menerangkan,
 kalau mahu tidur setelah
 maka baik dibaca:





Surat Al-Ikhlas tiga kali. 
Sama pahalanya dengan 
membaca satu khatam Quran.





SElawat kepada 
Nabi Muhammad Saw dan 
Nabi-Nabi lainnya,
 dengan mengucap : 
Allahumma Sholli ala Sayyidina Muhammad Wa ali 
Muhammad waala jamiil 
anbiyaai wal mursalin.





Mendoakan
 orang-orang mukmin 
dengan mengucapkan tiga kali Allahummaghfir lil 
muslimina wal muslimat, 
wal mukiminina 
wal mukminat.





Membaca raja tasbih
 tiga kali, yakni : 
Subhanallah,
 Walhamdulillah, 
Walailaha illallah,
 Wallahu Akbar,
 Wala haula walaquwwata 
illa billahil aliyyil adzim. 




 Apabila dibaca tiga kali
 tasbih ini, maka sama 
pahalanya dengan satu kali 
Haji dan Umrah.



 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.