Punca
tiada rasa nikmat dalam solat
Kita menunaikan solat, tetapi masih tidak
dapat membantu diri ke arah kebaikan. Apabila dikaji, didapati rupa-rupanya
solat kita tidak mengikut cara yang ditetapkan dalam Islam. Rukun solat amat
jelas seperti dinyatakan mazhab Asy-Syafie iaitu ada 17 rukun solat.
Bermula dengan niat dalam hati,
lafaz Allahu Akbar, berdiri,
membaca surah
al-Fatihah,
rukuk, toma’ninah (
menetapkan selurus
tulang asas) padanya, iktidal, toma’ninah,
sujud dua kali, toma’ninah,
duduk antara dua sujud,
toma’ninah, duduk untuk
tasyahhud akhir,
baca
tasyahhud akhir,
selawat ke atas Nabi,
memberi salam dan akhir sekali tertib.
Walaupun telah banyak buku dan kelas agama
berkaitan solat, masih ada sesetengah masyarakat yang mendatangkan perkara
bidaah buruk yang bercanggah dengan Islam seperti meletakkan genggaman
pergelangan tangan di tempat terlalu tinggi di bawah leher ketika solat.
Perkara itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah bahkan tiada seorangpun dalam kalangan ulama muktabar mengatakan wajib melakukan sedemikian.
Menggerak-gerakkan jari telunjuk dengan pergerakan berpusing-pusing seolah
bermain-main ketika duduk tahiyat awal dan akhir.
Benci imam baca qunut Subuh
Membenci imam membaca qunut Subuh lalu menghukum dengan tidak adil imam bermazhab Syafie kononnya sesat. Meninggalkan dengan sengaja bacaan basmalah (bismillahirrahman nirrahim) ketika membaca surah al-Fatihah.
Bidaah dholalah (perkara baru yang sesat) yang paling besar dalam solat adalah bidaah iktiqad. Kepercayaan karut seperti mempercayai Allah SWT yang disembah itu seperti berhala mempunyai kaki, mata anggota, tangan berjisim, bertempat dan duduk di hadapannya atau bersila letih diatas ‘Arasy dan berada ruang lingkup langit.
Ini adalah akidah yang diasaskan oleh golongan Yahudi sejak zaman berzaman yang cuba diresapkan ke dalam akidah umat Islam kerana tujuan Yahudi supaya ibadah umat Islam tidak sah, dengan itu umat Islam akan lemah mudah dikuasai oleh musuh-musuhnya.
Berpegang teguhlah kita dalam menjaga solat dengan memantapkan tauhid dan memperbanyakkan menuntut ilmu agama mengikut landasan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah supaya kita selamat di dunia dan akhirat.
Penulis ialah
Timbalan Presiden
Pertubuhan Ahli Sunnah
Wal Jamaah Malaysia
(ASWAJA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.