Rabu, 19 Februari 2014

Perbanyakkan zikir, doa dalam sujud

1 (21).gif


Perbanyakkan zikir,
 doa dalam sujud


 http://coverjunction.s3.amazonaws.com/2012/136/415defd0-88dd-4d4f-81cf-d81caa649250.jpg


Pergerakan dalam solat ketika sujud adalah gambaran terbesar kehambaan kita kepada Allah SWT. Sujud keadaan yang paling hampir seseorang hamba itu kepada penerimaan Tuhannya maka perbanyakkan zikir dan doa ketika sujud. 







Rasulullah SAW bersabda:



 Paling hampir seorang
 hamba itu dengan Tuhannya
 adalah ketika dia sujud 
maka perbanyakkan doa. 



 (Riwayat Muslim)








Maksud hampirnya hamba itu kepada Allah SWT adalah dekat penerimaan segala permohonan, rasa rendah dirinya kepada Allah, bukan hampir dari segi tempat atau ruang makhluk kerana zat Allah bukan di kiri, kanan, belakang, depan, atas atau bawah.










Begitu juga lafaz yang disebut bererti Maha Suci Tuhan Yang Tinggi Keagungan-Nya bukan bererti tinggi tempat kerana Allah SWT ada tanpa bertempat. 










Sementara itu, tiada didikan yang amat mulia melainkan memberi tarbiah kepada anak supaya memelihara akidah dan solat lima waktu. Kalam ulama muktabar Imam Syeikhul Islam Abdullah al-Harari memetik sabda Baginda Rasulullah SAW:
 






Wajib ke atas 
penjaga kanak-kanak 
sama ada perempuan atau 
lelaki yang telah mumayyiz
 iaitu telah mula boleh 
memahami sesuatu ketika 
berumur tujuh tahun 
ke atas ibu bapanya 
hendaklah menyuruh anaknya 
menunaikan solat dan 
mengajar keduanya 
hukum hakam solat serta 
memukul keduanya setelah
 berumur 10 tahun
 jika sengaja meninggalkan 
solat begitu juga pada
 puasa yang selagi
dia mampu.




 


Ibnu
Abbas ketika berehat 
sebentar di rumah 
ibu saudaranya, Maimunah
 isteri Rasulullah, baginda
 yang pulang ke rumah
 terus bertanya:


 Adakah Ibnu Abbas telah solat. 


(Riwayat al-Bukhari) 









Sejurus Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah, baginda terus bertanya akan solat terhadap anak di bawah jagaannya. Ini menunjukkan penting memerhatikan orang bawahan kita terutama anak-anak supaya sentiasa memelihara solat. 







Ucapan setinggi-tingginya tahniah kepada ibu bapa yang mendidik anak untuk menjaga solat sekalipun berada di negara barat yang agak sarat dengan gejala sosial demi melahirkan generasi yang beramal dengan agama Islam dan cinta akan solat. 





Penulis ialah 

Timbalan Presiden 

Pertubuhan Ahli Sunnah 

Wal Jamaah Malaysia 

(ASWAJA)






00fh051ou0i.gif 

 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgF6JKMrjP6-DHnnO2p7eXtp6FPzW6W5WzHSQzOoNAIvxBszt3EZcQEOiBj55bCtnOXu9U9YAsPnITgNhVtQS-4-VYZRX2JjkqRA0U9tvtdD0khYpS8h9no1WXlEVr6COLJf4NgLcj53E_e/s1600/zikir3.jpg 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.