Jumaat, 28 Februari 2014

Punca tiada rasa nikmat dalam solat




Punca tiada rasa nikmat dalam solat


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6I42RuhnGBtpKqSuYDg5DmTCnAjFoCXLasyewpyn9sEUpmpjydJdZRduxmhF7ziGfm04oHFDGeSuv5kpNlL2NYsROJkLFluNceMeg4duPqVmMW1hG_4OiV-4kWqTBbIrteOBlHJTWoUk/s640/kelebihan+solat.jpg


Kita menunaikan solat, tetapi masih tidak dapat membantu diri ke arah kebaikan. Apabila dikaji, didapati rupa-rupanya solat kita tidak mengikut cara yang ditetapkan dalam Islam. Rukun solat amat jelas seperti dinyatakan mazhab Asy-Syafie iaitu ada 17 rukun solat. 





Bermula dengan niat dalam hati, 
lafaz Allahu Akbar, berdiri, 
membaca surah al-Fatihah, 
rukuk, tomaninah (
menetapkan selurus tulang asas) padanya, iktidal, tomaninah,
 sujud dua kali, tomaninah, 
duduk antara dua sujud,
 tomaninah, duduk untuk 
tasyahhud akhir, 
baca tasyahhud akhir, 
selawat ke atas Nabi,
 memberi salam dan akhir sekali tertib.






Walaupun telah banyak buku dan kelas agama berkaitan solat, masih ada sesetengah masyarakat yang mendatangkan perkara bidaah buruk yang bercanggah dengan Islam seperti meletakkan genggaman pergelangan tangan di tempat terlalu tinggi di bawah leher ketika solat.







Perkara itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah bahkan tiada seorangpun dalam kalangan ulama muktabar mengatakan wajib melakukan sedemikian. 
 Menggerak-gerakkan jari telunjuk dengan pergerakan berpusing-pusing seolah bermain-main ketika duduk tahiyat awal dan akhir. 







Benci imam baca qunut Subuh
Membenci imam membaca qunut Subuh lalu menghukum dengan tidak adil imam bermazhab Syafie kononnya sesat. Meninggalkan dengan sengaja bacaan basmalah (bismillahirrahman nirrahim) ketika membaca surah al-Fatihah. 






Bidaah dholalah (perkara baru yang sesat) yang paling besar dalam solat adalah bidaah iktiqad. Kepercayaan karut seperti mempercayai Allah SWT yang disembah itu seperti berhala mempunyai kaki, mata anggota, tangan berjisim, bertempat dan duduk di hadapannya atau bersila letih diatas
Arasy dan berada ruang lingkup langit. 







Ini adalah akidah yang diasaskan oleh golongan Yahudi sejak zaman berzaman yang cuba diresapkan ke dalam akidah umat Islam kerana tujuan Yahudi supaya ibadah umat Islam tidak sah, dengan itu umat Islam akan lemah mudah dikuasai oleh musuh-musuhnya. 






Berpegang teguhlah kita dalam menjaga solat dengan memantapkan tauhid dan memperbanyakkan menuntut ilmu agama mengikut landasan aliran Ahli Sunnah Wal Jama
ah supaya kita selamat di dunia dan akhirat. 





Penulis ialah

 Timbalan Presiden

 Pertubuhan Ahli Sunnah 

Wal Jamaah Malaysia 

(ASWAJA)








 

Solat sunat Istisqa’ mohon hujan


Hujan adalah air yang
 diturunkan dari langit
 dan penuh keberkahan.



Allah Ta’ala berfirman :-


وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُّبَارَكاً فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ



“Dan Kami 
turunkan dari langit
 air yang penuh 
keberkahan lalu Kami 
tumbuhkan dengan air itu
 pohon-pohon dan biji-biji
 tanaman yang diketam.” 

(QS. Qaaf [50] : 9)






Selawat dan salam  buat
 Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam
 beserta keluarga, para sahabatnya dan 
pengikutnya hingga akhir zaman.



Solat sunat Istisqa mohon hujan




Peserta mesti 
cuci diri daripada
 dosa terlebih dulu







Air tidak hanya 
penting dalam proses
 kejadian langit dan bumi, 
tetapi juga penting
 bagi hidupan di dunia.
 Ini ditegaskan Allah SWT 
dalam firman yang
 bermaksud: 







 Daripada air
 Kami jadikan segala 
sesuatu yang hidup. 



 (Surah al-Anbiya, ayat 30) 








Mengikut BBC News 
bertarikh 27 Mei 2006
 dalam segmen 
Science and Nature,
 pakar biologi sepakat
 air adalah asas kepada
 kehidupan kerana tanpanya kehidupan tidak boleh
 wujud serta
 tidak bersambung.







Secara dasarnya, 
air dan kehidupan 
tidak dapat dipisahkan. 
Air menjadi medium
 kepada proses berkaitan kehidupan dan hanya
 dengan air metabolisme 
boleh berlaku. Justeru,
 tidak boleh wujud 
sebarang kehidupan
 tanpa air.









Manusia juga
 berasal daripada air
 dan ini dijelaskan Allah SWT
 dalam firman yang bermaksud:  





Dia 
yang mencipta manusia
 daripada air.



  (Surah al-Furqan,
 ayat 54) 







Sudah tentu 
ayat itu perlu dikaitkan 
dengan ayat 5 hingga 7, 
surah at-Tariq yang 
bermaksud: 








 Maka manusia perlu memerhatikan daripada
 apakah ia diciptakan?
 Dia diciptakan daripada
 air yang terpancar,
 yang keluar antara 
sulbi dan taraib (dada).




 


Kebenaran manusia 
tidak boleh hidup
 tanpa air terlihat nyata
 melalui reaksi terhadap
 tindakan mencatu air
 di beberapa kawasan 
disebabkan penutupan 
Loji Rawatan Air (LRA)
 Cheras Batu 11 dan LRA
 Bukit Tampoi akibat
 pencemaran ammonia di 
Sungai Langat sejak
 28 Januari lalu. 







Kemarau dan cuaca panas menyumbang kepada kekalutan
 isu bekalan air apabila
 paras air di beberapa 
empangan menunjukkan pengurangan dan ditambah
 pula kenyataan pihak bertanggungjawab bahawa
 keadaan itu dijangka
 akan berterusan. 






Solat sunat Istisqa





 


Selain usaha proses 
pembenihan awan bagi 
mengatasi masalah air yang melanda negara, 
umat Islam dianjurkan
 melakukan solat sunat Istisqa iaitu solat sunat memohon 
Allah SWT menurunkan hujan 
dan menghilangkan kesulitan 
yang dihadapi. 








Namun, sebelum itu 
umat Islam perlu memahami
di sebalik kuasa doa yang 
menjadi senjata umat Islam menghadapi ujian Allah SWT, mereka juga perlu 
menunjukkan kesungguhan
 serta sifat kerendahan hati
 yang menggantung sepenuh pengharapan kepada 
Allah SWT. 








Justeru, antara
 perkara perlu diberikan
 perhatian ialah untuk 
melakukan taubat kerana 
antara sebab berlaku kesusahan
 di dunia ini adalah disebabkan tindakan manusia yang 
tidak menunaikan amanah 
Allah SWT sebagai khalifah 
yang menguruskan alam ini. 







Pendakwah bebas, 
Haslin Baharim, 
berkata taubat perlu 
dilakukan semua 
lapisan masyarakat. 







Katanya, dalam keadaan
 semua mengharapkan 
belas ihsan daripada Allah SWT,
 kita perlu mengikut syarat ditetapkan dan bagi 
memohon doa diperkenankan, umat Islam terlebih dulu menyucikan diri daripada dosa kepada Allah SWT. 








Semua perlu bertaubat.
 Apabila kita menunjukkan kesungguhan, barulah 
Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita. Oleh itu,
 syarat untuk berdoa 
perlu dipenuhi terlebih dulu, katanya. 








Lakukan di kawasan lapang 








Beliau yang terkenal
 menerusi program 
soal jawab Anta Tanya Ana
 Jawab berkata, 
solat sunat Istisqa perlu
 dilakukan di kawasan lapang dengan membawa binatang ternakan sebagai bukti
 masalah air turut memberi
 kesan kepada makhluk lain
 seperti binatang ternakan. 








Haslin berkata, solat sunat Istisqa
sebaiknya diterajui barisan pemimpin dan dilakukan bersama seluruh masyarakat. 





 



Katanya, usaha itu perlu 
mengikut syarat ditetapkan
iaitu dilakukan di kawasan 
lapang bukan di masjid dan 
mereka yang menunaikan 
solat Istisqa hendaklah hadir dengan penampilan sederhana, tawaduk serta 
bersungguh-sungguh memohon.


 



Isu air yang berlaku ini 
juga sebahagian ujian Allah 
tetapi jika kita sabar, 
Allah akan mengampunkan 
dosa kita kerana segala 
ujian serta kepayahan ada
 hikmah di sebaliknya.
 Umat Islam perlu melihat 
setiap berlaku secara positif
 untuk meningkatkan 
keimanan kepada Allah,katanya.




Beliau berkata, selain memperbanyakkan taubat, pihak berwajib disarankan juga supaya membekukan program yang lagho (melalaikan) sebagai usaha mengelak masyarakat terbabit dalam perkara yang menjauhkan mereka daripada ajaran agama Islam yang sebenar.