Mengimarahkan ucapan salam
KEHIDUPAN manusia
tidak dapat tidak, memerlukan
penghormatan. Sikap
hormat-menghormati
sesama insan adalah asas kepada
pembentukan
masyarakat harmoni
dan sejahtera. Ia juga adalah tunjang
untuk
melahirkan masyarakat yang
makmur dan utuh tali persaudaraan.
Firman Allah SWT dalam
surah an-Nisaa
ayat 80 yang bermaksud:
" Dan
apabila kamu
diberikan penghormatan
dengan sesuatu ucapan
(memberi
salam) maka
balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik
daripadanya
dengan
cara yang sama.
Sesungguhnya Allah
sentiasa menghitung
tiap-tiap
sesuatu. "
Pada era jahiliah, masyarakat
pada masa tersebut memberi
penghormatan dengan ucapan
hayyakallah apabila berjumpa
sesama mereka.
Perkataan ini
bermaksud "Moga Tuhan memelihara
hidup kamu dan
memanjangkan
umur kamu."
Fadilat ucapan salam telah
banyak kali dirakamkan di
dalam al-Quran,
antaranya
firman Allah SWT di dalam
surah ar-Raâd ayat 23 dan 24
yang
bermaksud:
" Syurga-syurga yang kekal,
yang akan mereka masukinya
bersama-sama orang-orang
yang beramal soleh
daripada ibu bapa, isteri
dan anak-anak mereka,
sedang para malaikat pula
akan masuk kepada mereka
dari tiap-tiap pintu
(memberi hormat dengan berkata):
Selamat
sejahteralah kamu
dengan berpanjangan
disebabkan
kesabaran kamu. "
Allah SWT melihat segala
tindak-tanduk dan perilaku
hamba-hamba-Nya
termasuklah
dalam etika perhubungan dan pergaulan
sesama mereka.
Semuanya tidak
terlepas daripada mendapat hitungan
Allah SWT. Ayat di
atas memberi
penekanan agar kita mengambil berat
tentang cara kita
berhubungan dengan
cara lebih baik, berkesan dan diberi
pula ganjaran
daripada-Nya.
Posisi istimewa
Salam berada pada posisi istimewa
dalam amalan hidup umat Islam.
Rasulullah SAW pernah menyatakan
hal ini melalui sebuah hadis riwayat
Abdullah bin Salam yang
bermaksud:
" Wahai manusia,
sebarkanlah salam,
berilah makan,
hubungkanlah silaturrahim dan
bangunlah solat malam
pada
masa manusia sedang
nyenyak tidur, nescaya kamu
akan masuk syurga dengan
selamatnya. "
Hukum mengucapkan salam
adalah sunat, manakala menjawabnya
adalah
wajib. Seseorang Islam
yang tidak menjawab salam
dianggap sebagai satu
penghinaan
kepada orang yang memberi salam.
Menjauhkan diri daripada
perbuatan hina adalah
wajib di sisi Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.