Apa itu
selawat?
Secara umumnya selawat adalah
jama' dari kalimat solat.
Di segi bahasa pula,
ia bererti doa, rahmat dari Allah,
memberi berkah dan
ibadat.
Dalam pengertian lebih luas,
berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
bererti
memperbesarkan, mengagungkan
serta mendukung perjuangannya yang mulia,
di
samping melahirkan rasa syukur atas
perutusannya yang menjadi rahmat
seluruh
alam ini, malah menambahkan
keyakinan beramal dengan sunnahnya
yang diredhai
Allah.
Allah swt dan malaikat pun
berselawat ke
atas Nabi
Firman Allah swt yang bermaksud.
" Sesungguhnya Allah dan
para
malaikat-Nya selawat
kepada Nabi. Hai orang-orang
yang beriman berselawatlah
kamu
kepadanya dan ucaplah
salam penghormatan kepadanya."
( Surah
Al-Ahzab : 56)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.