Ahad, 26 Januari 2014

Amalan sedekah tingkat ketakwaan


Did you know? 02 by Nayzak


Amalan sedekah tingkat ketakwaan





Umar bin Saad al-Anmari berkata,
 dia mendengar Nabi Muhammad SAW
 bersabda: 






“Ada tiga perkara
 yang saya bersumpah dengannya.
 Pertama, harta yang disedekahkan
 tidak berkurang. 
Kedua, sesiapa yang dianiaya 
dan dia bersabar dalam deritanya, 
Allah SWT jadikan dia lebih mulia.
 Ketiga, sesiapa yang
 membuka pintu permintaan, 
Allah SWT bukakan pintu kemiskinan 
untuknya. 




 




Dunia ini hanya untuk

 empat jenis manusia.







 Pertama, orang yang Allah SWT
 beri rezeki dalam bentuk harta 
dan ilmu pengetahuan, kemudian 
 dia bertakwa kepada Tuhan,
 merapatkan hubungan tali kekeluargaan 
dan tahu hak Allah SWT dalam apa 
yang dimilikinya, itu adalah 
tingkatan manusia yang paling utama. 






Kedua, orang yang diberi
 Allah SWT ilmu pengetahuan
 tetapi tidak diberi harta, dan
 dia menyimpan niat yang benar,
 dan dia berkata:
 Jika saya mempunyai harta, 
saya lakukan kebaikan seperti
 yang dilakukan oleh si fulan. 
Disebabkan niatnya
 yang benar itu, dia diberi pahala
 yang sama banyak dengan pahala 
orang yang dijadikan contoh olehnya. 








Ketiga, orang yang diberi harta 

oleh Allah SWT tetapi tidak
 diberi ilmu pengetahuan, kemudian
 dia menggunakan hartanya untuk 
perkara yang tidak diketahuinya,
 dan dia tidak pula bertakwa
 kepada Tuhannya, dan dia
 tidak suka merapatkan hubungan
 tali kekeluargaan, bahkan dia juga
 tidak tahu hak Allah SWT 
dalam apa yang dimilikinya, 
orang begini berada dalam
 kedudukan paling buruk. 


 





Yakin harta tak berkurangan 




 




Keempat, orang yang tidak

 diberi harta atau ilmu pengetahuan,
 dan dia berkata: 
Andai kata saya
 mempunyai harta, saya melakukan 
perkara buruk macam si fulan.
 Disebabkan niat buruknya itu,
 dia diberi dosa yang sama banyak 
dengan dosa orang yang 
dijadikan contoh.” 



(Riwayat Tirmizi, beliau menjelaskan
 ini hadis hasan sahih) 







Kita dituntut menjadi 

orang yang murah hati dan suka
 membelanjakan harta pada
 jalan Allah SWT demi mengharapkan 
keredaan-Nya. Jadi, Sebagai pendorong,
 kita perlu yakin harta yang
 disedekahkan tidak akan
 berkurangan. 





 


Abu Umamah berkata,

 Nabi Muhammad SAW bersabda:





 “Hai manusia,
 percayalah, jika saudara 
sedekahkan apa yang lebih
 daripada saudara, itu adalah
 lebih baik untuk saudara.
 Tidak salah jika saudara hidup
 dengan ala kadar saja. 
Mulakan pemberian kepada
mereka yang menjadi
 tanggungan saudara. 
Tangan yang memberi adalah
 lebih baik daripada
 tangan yang menerima.”


 (Riwayat Muslim) 




 






Malah, ilmu pengetahuan juga

 adalah anugerah tidak ternilai 
kerana ilmu dimiliki dapat memandu kita
 membina hidup yang baik, mengelak 
 daripada melakukan perkara 
menyalahi agama seterusnya meningkatkan
 ketakwaan kepada Allah SWT. 
 Justeru, gunakan kemampuan berfikir 
dan kelebihan rezeki dikurniakan
 untuk menjadi manusia yang boleh
 memberi manfaat kepada orang lain. 




Sumber 



 :iconmuslim-manga:

 Did you know? 04 by Nayzak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.