Rahsia solat sunat malam
Abdullah bin Amru
berkata,
“Rasulullah bersabda:
Sembahyang sunat
waktu malam dan puasa
yang
disukai Allah adalah
sembahyang dan puasa
dilakukan oleh Nabi Daud.
Baginda
tidur separuh malam.
Kemudian satu pertiga malam
baginda bersembahyang sunat.
Manakala satu perenam lagi
baginda tidur. Baginda juga
puasa dengan berselang
seli.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelebihan menghidupkan malam dengan beribadah banyak dan umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Keheningan malam yang mendamaikan jiwa boleh mencetuskan semangat untuk beribadat dengan tenang.
Ketika orang lain enak
diulit mimpi, mereka yang terjaga sepatutnya mengambil kesempatan itu bangun
menunaikan solat bukan menarik selimut kerana ketika itu malaikat turun untuk
mencari hamba Allah SWT yang berdoa kepada Tuhannya.
Jabir berkata,
“Saya mendengar
Rasulullah bersabda:
Sebenarnya
pada setiap
malam
ada satu waktu yang istimewa.
Apabila ada seorang muslim
memohon kebaikan
untuk
dunia atau akhirat
pada waktu itu, pasti Allah
akan memperkenankan
doa
orang itu.
Waktu istimewa itu
ada pada setiap malam.”
(Riwayat Muslim)
Dijadikan amalan harian
Justeru, tidak kira apa sebabnya kita bersolat malam sama ada untuk memohon hajat, meminta dimudahkan urusan atau bertaubat kepada Allah SWT, yakinlah usaha itu mendapat perhatian istimewa dan Allah SWT akan memperkenankan permintaan itu.
Namun, jika tidak juga termakbul perkara dihajati, ada sebab yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Namun, itu bukan alasan untuk berputus asa, sebaliknya amalan solat malam wajar dijadikan amalan harian.
Mereka yang sudah terbiasa bangun untuk menunaikan solat malam boleh menceritakan kenikmatan dirasai serta perubahan dilalui berbanding sebelum mereka mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui ibadat solat sunat pada tengah malam.
Alangkah indahnya jika suami yang terbangun untuk menunaikan solat sunat turut mengajak isteri kerana Abu Hurairah dan Abu Said berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jika
seorang suami bangun
pada waktu malam dan
mengejutkan isterinya
kemudian
mereka berdua melakukan
sembahyang sunat dua rakaat,
Allah
menyenaraikan
mereka berdua dalam
senarai orang yang
mengingati Allah.”
(Riwayat Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.