Beribadat ikut kemampuan diri
Abu Juhaifah, nama sebenarnya Wahab bin Abdullah berkata, "Nabi
Muhammad mempersaudarakan antara Salman dengan Abu Darda’. Salman
melawat Abu Darda' dan dia melihat Ummu Darda' (isteri Abu Darda')
berpakaian selekeh. Dia bertanya: Mengapa puan? Ummu Darda’ menjawab:
Saudara kamu Abu Darda’ itu tidak mahukan dunia lagi.
Kemudian Abu Darda’ datang lalu menyediakan makanan untuk Salman. Abu Darda’ berkata kepadanya: Makanlah, saya puasa. Salman berkata: Saya tidak makan sehinggalah saudara makan. Abu Darda’ pun makan.
Apabila tiba waktu malam, Abu Darda’ hendak bangun. Salman berkata kepadanya: Tidurlah. Abu Darda’ pun tidur semula. Kemudian Abu Darda’ hendak bangun lagi. Salman berkata kepadanya: Tidurlah. Abu Darda’ pun tidur semula.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Agama Islam mudah.Sesiapa yang menyusahkan agama, dia pasti kalah. Oleh itu, saudara bersederhanalah, buatlah yang paling hampir jika tidak mampu buat yang paling sempurna, berilah berita gembira dan mintalah pertolongan Allah dengan beribadat waktu pagi, petang dan akhir waktu malam.”
(Riwayat Bukhari)
Apabila tiba waktu penghujung malam, Salman berkata kepada Abu Darda’: Bangunlah sekarang. Mereka berdua bersembahyang jemaah bersama.
Kemudian Salman berkata kepadanya:
Saudara ada
tanggungjawab kepada Tuhan yang mesti saudara tunaikan, saudara ada
tanggungjawab kepada diri saudara yang mesti saudara tunaikan, dan
saudara ada tanggungjawab kepada keluarga saudara yang mesti saudara
tunaikan. Oleh itu, saudara tunaikanlah tanggungjawab kepada setiap yang
berhak itu.
" Kemudian Salman datang
berjumpa Nabi Muhammad
dan
memberitahu baginda
apa yang berlaku.
Nabi Muhammad berkata:
Salman
betul.”
(Riwayat Bukhari)
Agama Islam mudah
Abu Hurairah berkata,
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Agama
Islam mudah.
Sesiapa yang
menyusahkan agama,
dia pasti kalah. Oleh itu,
saudara bersederhanalah,
buatlah yang paling hampir
jika tidak mampu
buat
yang paling sempurna,
berilah berita gembira dan
mintalah
pertolongan Allah
dengan beribadat waktu pagi,
petang dan akhir waktu
malam.”
(Riwayat Bukhari)
Perselisihan yang berlaku disebabkan wujud kumpulan yang cenderung menekan pihak lain yang tidak sefahaman dengan mereka dalam ibadat sedangkan umat Islam dinasihatkan supaya bersederhana dalam melakukan ibadat mengikut kemampuan diri.
Allah SWT berfirman
yang bermaksud:
“Allah menghendaki kamu
beroleh
kemudahan dan Dia
tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran.”
(Surah
al-Baqarah, ayat 185)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.