Jumaat, 8 November 2013

Sombong terhadap ilmu umpama tanah tandus

Sombong terhadap ilmu 

umpama tanah tandus






Abu Musa berkata, 
Nabi Muhammad bersabda:
 “Panduan dan ilmu
 yang Allah tugaskan
 supaya saya menyampaikannya itu
 umpama air hujan yang turun ke bumi. 
Ada kawasan yang
 tanahnya subur, ia
dapat meresap air. 
Sebab itu ia dapat 
menumbuhkan tumbuhan dan 
rumput yang banyak. 
 Ada juga kawasan
 bertanah keras yang
 dapat menakung air.
 Sebab itu Allah menjadikannya
 berguna kepada manusia. 
Mereka dapat minum,
 memberi minuman kepada
 binatang ternakan dan 
bercucuk tanam. 
Hujan itu juga menimpa 
kawasan tanah tandus yang
 tidak dapat menakung air dan 
tidak dapat pula 
menumbuhkan tumbuhan.
  Faedah daripada ilmu.
 Itulah perumpamaan orang 
yang benar-benar faham
 berkenaan agama Allah SWT.
 Dia mendapat faedah 
daripada ilmu Allah SWT 
yang saya sampaikan, sebab itu
 dia berilmu dan beramal serta 
mengajarkannya kepada orang lain. 
Dan itu jugalah perumpamaan 
orang yang angkuh dan langsung
 tidak menghiraukan petunjuk
 Allah yang saya sampaikan.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Umat Islam perlu memelihara sunnah Rasulullah SAW kerana semua yang disampaikan, dilakukan, ditunjukkan serta ditegah, adalah ilmu Allah SWT yang membawa umat manusia ke jalan kebenaran dan bagi mencapai kehidupan baik di dunia. 


Mereka yang sombong terhadap ilmu disampaikan Baginda diumpamakan seperti tanah tandus yang tidak memberi manfaat. Malah, umat Islam dituntut menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain dalam tindakan mereka. 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Apa juga yang dibawa 
oleh Rasulullah kepada kamu
 maka terimalah ia, dan apa juga 
yang dilarang kamu melakukannya
 maka patuhilah larangan.” 
(Surah al-Hasyr, ayat 7)

Khususnya dalam kehidupan hari ini, kita sering berdepan perselisihan membabitkan perkara cabang yang jika gagal diselesaikan dengan baik hanya menyebabkan berlakunya perpecahan. Oleh itu, cara terbaik ialah kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.