Jumaat, 1 November 2013

Pintu taubat sentiasa terbuka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9XA_92iHb_Dx8QVAzJoh2AKlqkJhP1-C37S_QhLTQ2sj-xEG7dYpPszIISxYw-5b3jfC7oVMEbbwglQjciM03TL_euSTr3evXTUuWK1iyHIUX1PEoEjKrvU83txSs5mU_bSownbrTvnc/s1600/Doa+Hadapi+Stress.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFVLFpWO8xQPb13Yfbe4TE0C43-zsWfmGZLaYI1gjyMqyh5z7Hq07G0ASIw4FEVgNUkIL9Exng3Uur2AgvMwOQT-WZZapUMQET0fOmiTm6KO0FyjEVSxsZs2FTgREQq-VCwwHfM2LkUJQ/s1600/doaelakstress.jpg 

Pintu taubat sentiasa terbuka 

 


KEINDAHAN taubat terletak kepada
 usaha yang belum terlambat.
 Bertaubatlah sebelum matahari terbit 
dari Barat yang menandakan hari kiamat.
 Setiap kali selepas Subuh
 hati dan jiwa umat Islam sentiasa
 tenang damai dan syahdu.




Hidup manusia tidak terlepas
 daripada maksiat dan dosa. 
Sama ada dosa kecil atau besar. 
Justeru, disebabkan nafsu jahat 
mengajak manusia melakukan
 pelbagai kejahatan yang dibenci 
oleh Yang Maha Esa. 




Nabi SAW bersabda:



 "Iblis berkata kepada Tuhannya, 
"Dengan keagungan dan kebesaran-Mu,
 aku tidak akan berhenti menyesatkan
 Bani Adam selama mereka
 masih bernyawa. 




Lalu Allah berfirman:


 "Dengan keagungan dan kebesaran-Ku,
 Aku tidak akan berhenti mengampuni 
mereka selama mereka beristighfar." 


(riwayat Ahmad)




Bertaubatlah ketika hati telah 
keruh diselimuti oleh kabut dosa. 
Begitu juga dengan jiwa yang 
dipenuhi lumpur dosa. 
Jika inginkan hati dan jiwa 
bersinar kembali, jauhi diri 
daripada godaan perhiasan dunia
 yang melalaikan dan jernihkan hati 
daripada segala perhatian 
yang tidak tertumpu 
kepada-Nya.






Keindahan taubat juga
 dapat dilihat melalui 
panggilan Allah. 
Pintu taubat sentiasa terbuka, 
peluang untuk bertaubat juga
 terbuka luas. Bertaubatlah 
sebelum mati dan nyawa 
sampai ke kerongkong. 



Nabi SAW bersabda:

 "Penyesalan adalah satu taubat."

 (riwayat Abu Daud dan Al Hakim)




Taubat dapat difahami sebagai
 menyesal atas segala dosa dan
 terus meninggalkannya, kemudian
 berazam tidak mengulanginya lagi
 serta menggantikan amalan jahat
 dengan amalan yang baik.





Beruntunglah orang yang
 dapat menunaikan fardu haji 
dan dapat bertaubat di depan Kaabah. 
Pun begitu, bagi yang 
belum berkesempatan melaksanakan
 rukun Islam kelima ini, ia bukan
 halangan untuk bertaubat kerana
 taubat boleh dibuat pada
 setiap masa dan hari. 






Malah doa bertaubat sentiasa
 dilafazkan selepas solat lima waktu.
 Nabi SAW bersabda: 



"Semua anak Adam
 membuat kesalahan dan sebaik-baik
 pembuat kesalahan ialah 
mereka yang bertaubat."


 (riwayat Ad Dailami)





Seorang lelaki telah
 melakukan satu dosa.
 Dia bertanya kepada 
Ibnu Mas'ud apakah
 ada taubat untuknya.
 Lalu Ibnu Mas'ud berkata,
 "Syurga mempunyai lapan pintu.
 Semuanya berkunci, selain pintu taubat.
 Maka pada pintu taubat terdapat
 seorang malaikat penjaga dan dia 
tidak mengunci pintu tersebut.
 Oleh itu, bertaubatlah
 janganlah engkau
 berputus asa."




Bertaubat bukan hanya untuk
  orang yang sudah terlanjur 
melakukan dosa. Orang yang 
hatinya hampir dengan Allah SWT 
akan sentiasa merasa bersalah 
sekalipun tidak melakukan kesalahan. 





Malah Rasulullah SAW sendiri 
yang maksum (terhindar daripada dosa)
 bertaubat sekurang-kurangnya
 70 kali sehari. 



Nabi SAW bersabda: 



"Orang yang bertaubat daripada 
dosanya seperti orang yang
 tidak melakukan dosa."

(riwayat Ath Thabrani)



Allah SWT menguji manusia 
dengan pelbagai bentuk ujian
 sama ada kesenangan, kegembiraan,
 kesukaran dan penyakit. 
Semua bentuk ujian tersebut
 untuk menguji keimanan dan
 kemampuan hamba-hamba-Nya. 



Nabi SAW bersabda:


 "Tiada sesuatu yang lebih 
disukai Allah daripada 
seorang lelaki yang
 bertaubat."

 (riwayat Ad Dailami)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.