Menurut Abullaits Assamarqandi
dalam
bukunya "Tanbihul Ghafilin"
bahawa diantara manusia itu
ada orang
yang lekas marah tetapi
juga lekas redanya
maka ini seimbang.
Adapula orang
yang
lambat marahnya dan
lambat pula redanya,
ini juga seimbang.
Sebaik-baik kamu
lambat marah dan cepat redanya
dan sejahat-jahat kamu yang
cepat marahnya dan
lambat redanya.
Dalam hadis Rasulullah SAW
banyak
diterangkan tentang
cara mengatasi sifat marah ini.
Diantaranya
Rasulullah SAW
bersabda maksudnya:
" Marah itu
bara api maka siapa
yang merasakan
demikian,
jika ia sedang berdiri maka
hendaklah duduk, dan bila
sedang duduk
hendaklah
bersandar atau berbaring ".
Dalam keterangan lain juga
disebutkan jika kita dalam
keadaan marah maka
syaitan
telah meniup api kemarahnnya,
untuk meredakannya maka
berwuduklah,
dengan cara itu
api kemarahan akan terpadam.
Kemarahan itu menyebabkan
hubungan kita
dengan
orang lain menjadi terjejas,
Oleh sebab itu
bukakan hati kita agar
segera memaafkan orang tersebut,
dengan sendirinya kita telah
mampu mengawal
kemarahan kita
daripada terus merebak.
Dari Abu Umamah Albahili berkata;
Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang dapat
menahan marah padahal dia
dapat
untuk
memuaskan kemarahannya,
namun ia tidak menurutinya
bahkan ia bersabar
maka
Allah SWT mengisi hatinya
dengan keredhaan di hari kiamat".
Apakah hukum marah?
Adakah dosanya seperti dosa besar?
Ada dua jenis marah iaitu
yang tercela dan yang terpuji.
Marah pada tempat yang betul,
contohnya marah kepada perkara
kemungkaran
adalah
perlu.
Ada satu kisah, Nabi SAW
berjalan dengan Umar dan
sahabat lain,
dan
datang
seorang Badawi yang membawa
dhob (biawak pasir) dalam
lengan
bajunya.
Badawi itu tidak mengenali
Nabi SAW dan sekadar mendengar
cerita yang
Nabi SAW
merupakan
orang yang membawa ajaran baru
dan memecah-belahkan orang
ramai.
Apabila diberitahu itu
rombongan Nabi SAW,
dia pun pergi dan berkata
yang Nabi
SAW merupakan
orang yang sangat dibencinya.
Umar tidak puas hati dan
meminta
izin untuk
memenggal kepalanya.
Nabi SAW tidak mengizinkan
dan berkata
ada cara
lain
yang lebih hikmah untuk
menanganinya. Nabi SAW
kemudian bertanya :
“Mengapa
kamu membenciku
sedangkan aku mengajak
orang beriman kepada Allah”.
Badawi itu
menjawab kembali
dengan mengatakan yang
dia takkan beriman sebelum
dhobnya
beriman.
Ditakdirkan Allah,
dhob itu mampu bercakap dan
mengakui
kerasulan Nabi SAW.
Badawi itu pun akhirnya
masuk Islam juga.
Kisah ini
panjang tetapi
pengajarannya ialah
tidak cepat marah dan
menghukum
seperti yang
Umar ingin lakukan.
Marah yang tercela hukumnya
haram jika
mengakibatkan
perbuatan lain seperti mengeluarkan
perkataan yang keji,
mencela orang,
atau
menyakiti orang lain.
Bagaimana mengelak marah
bertapak dalam hati?
Marah ini umpama
penyakit dalam hati.
Oleh itu hati perlu
diperbaiki
dengan ilmu dan amal.
Dengan ilmu, seseorang itu
perlu bertafakur
mengenangkan
sesuatu yang berlaku adalah
ujian daripada Allah.
Kita juga perlu
ambil teladan
daripada kisah-kisah para
Nabi dan sahabat.
Contohnya,
Saidina Ali
pernah tidak
membunuh seorang di
medan perang walaupun telah
berada di depannya
kerana
lelaki itu meludah kepadanya.
Apabila ditanya mengapa,
Saidina Ali menjawab
pada asalnya, dia ingin
membunuh lelaki itu kerana Allah,
tetapi kemudian dia
tidak mahu
membunuh kerana marahkan
lelaki itu yang telah meludahnya.
Ya Allah
ampunkan dosaku,
jauhkan segala kemarahan
yang berada di dalam hatiku,
dan
lindungi aku daripada
tipu-daya syaitan.
Amin Ya Rabbal Alamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.