Daripada Abu Hurairah ra,
bahawa Rasulullah SAW bertanya:
“Tahukah kamu
siapakah sebenarnya
orang muflis itu?”
Sahabat menjawab:
“Sesungguhnya orang muflis
dalam kalangan kami adalah
orang yang tidak
memiliki
wang dan harta.”
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang yang muflis dalam
kalangan umatku ialah
orang yang nanti pada
hari kiamat datang dengan
membawa
pahala solat,
puasa dan zakat.
Di samping itu,
dia juga pernah
mencaci maki si
polan ini,
menuduh si polan, memakan
harta si polan ini,
menumpahkan
darah
si polan ini dan
memukul si polan ini. Maka
si polan ini akan
diberinya
pahala
kebaikan orang itu.
Kemudian jika
pahala kebaikannya itu
habis sebelum
mencukupi
apa yang
menjadi tanggungannya,
maka dosa
orang yang
dizalimi itu akan
diambilnya untuk dipikul
kepada orang yang
menzaliminya, kemudian
sesudah itu
barulah
dia dilemparkan
ke dalam api neraka.”
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.