Cabaran mulakan tugas
selepas Aidilfitri
Selepas bercuti selama
beberapa hari untuk
menyambut Aidilfitri, kini
ramai
pulang ke rumah
masing-masing untuk kembali
menunaikan rutin kehidupan
seharian
termasuklah
Berhari raya sambil bercuti
adalah suatu bentuk rehat.
Kalaupun tidak memberikan
rehat fizikal kerana letih
melayan tetamu atau
penat memandu, ia memberikan
rehat minda daripada
memikirkan urusan kerja
seharian buat seketika.
Bagi pekerja,
rehat ini
sangat diperlukan kerana
minda juga memerlukan rehat
untuk kekal
sihat. Cuma
selepas agak lama berehat
dan berada dalam suasana
riang bersama
keluarga serta
sanak saudara, mengembalikan
semangat dan keceriaan bekerja
seperti biasa memerlukan
sedikit masa.
Seminggu dua ini,
suasana dan perbualan
di tempat kerja juga
masih berkaitan
sambutan
hari raya, apatah lagi budaya
menyambutnya di
negara kita sepanjang
Syawal.
Hal ini walaupun menjadi
suatu lumrah, perlu beringat
agar ia tidak
sampai menjejaskan tanggungjawab serta
perkhidmatan berkualiti
dan merugikan.
Firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Demi masa,
sesungguhnya manusia itu
dalam
kerugian kecuali
mereka yang beriman dan
beramal soleh dan
berpesan-pesan
kepada
kebenaran dan
berpesan-pesan kepada
kesabaran”.
(Surah al-Asr,
ayat satu
hingga tiga)
Justeru, pelbagai cara
boleh dilakukan untuk
mengembalikan semangat bekerja
selepas berhari raya.
Antaranya mengembalikan
dulu tumpuan minda
terhadap
kerja.
Jika sebelum hari raya,
tumpuannya kepada
persiapan hari raya, begitulah
juga apabila kembali bekerja.
Ia boleh dilakukan dengan
mengambil beberapa langkah
awal yang mudah iaitu
dengan
menyemak dan menyenaraikan
tugasan yang perlu diselesaikan
segera
mengikut keutamaan.
Memastikan diri benar-benar
memahami arahan kerja
yang diberikan, menentukan
kaedah dan strategi yang
betul untuk melaksanakannya,
mengenal pasti rakan atau
pasukan kerja dan menentukan
jadual pertemuan atau
perbincangan gerak kerja.
Kerjasama dengan rakan
Usaha ini akan berjaya
direalisasikan sekiranya
diusahakan secara kolektif.
Kerjasama dan interaksi kolektif
dengan rakan sekerja amat
berkesan untuk
mengembalikan
semangat bekerja, selain
memastikan tugasan dapat
disiapkan
dengan lebih
cepat dan efektif.
Sabda Rasulullah SAW:
“Orang Mukmin
dengan mukmin yang lain
seperti binaan yang
menguatkan
antara satu dengan yang lain.”
(Riwayat Muslim)
Langkah ini bukan saja
menjadi proses kerja tetapi
proses untuk mengembalikan
tumpuan dan semangat bekerja.
Selain daripada usaha
mengembalikan tumpuan minda,
pekerja juga perlu
mengembalikan
tumpuan hatinya kepada kerja
supaya ia dapat dilaksanakan
dengan
sepenuh hati.
Sepenuh hati bukan saja
bermaksud dengan
bersungguh-sungguh
tetapi
juga dengan kerelaan dan
kemahuan sendiri, baik,
jujur lagi bersih
hatinya.
Tetapkan niat
Menurut Imam al-Ghazali,
hati itu ibarat raja yang
menggerakkan tenteranya
iaitu seluruh anggota.
Tumpuan hati boleh diusahakan
dengan meletakkan niat
yang
baik serta tekad yang kuat
pada setiap masa.
Setiap amalan umat Islam
dinilai daripada hatinya,
sebagai mana sabda
Rasulullah SAW daripada
Saidina Umar bin al-Khattab
bahawa sesungguhnya
setiap
amalan itu terletak
pada niatnya dan setiap
individu itu akan mendapat
apa yang
diniatkan.
Justeru, kita mesti
memperbanyakkan zikir atau
mengingati Allah SWT dengan
melafazkan kalimah bismillah,
tahmid, takbir, tahlil, berselawat,
membaca ayat
al-Quran,
berdoa dan mengerjakan solat.
Semua ini ibarat vitamin
bagi hati dalam memberi
kekuatan untuk memohon
pertolongan supaya segala urusan dipermudahkan dan melindunginya
daripada
godaan syaitan dan
nafsu yang cenderung
kepada sifat malas.
Tetapi, jika minda
belum fokus dan hati
masih liat untuk
menyempurnakan tugas,
ingatkanlah diri mengenai
madrasah Ramadan yang dilalui.
Nilai sejauh mana ia
berkesan
membentuk peribadi hebat
di tempat kerja kerana sepatutnya,
minda dan
hati yang dilatih
beribadah di bulan Ramadan
diikuti kesyukuran
Aidilfitri,
lebih mudah
dibangunkan dan cenderung
kepada apa juga bentuk kebaikan.
Muhasabah ini akan
menambah suntikan semangat
bagi menyempurnakan
amanah kerja.
Semua tindakan dinilai
Dalam Islam, apa juga yang
diusahakan sama ada dengan
tindakan fizikal, tumpuan
minda
dan hati yang baik, benar serta betul, semuanya dinilai oleh Allah SWT
sebagai amal soleh. Walaupun kecil,
ringan dan mudah, ia bukan
sesuatu yang remeh
atau
sia-sia di sisi-Nya.
Malah, pekerja itu pula berakhlak mulia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sebenarnya orang-orang
yang beriman dan beramal soleh,
sudah tetap Kami tidak
akan
menghilangkan pahala
orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalnya.”
(Surah al-Kahfi, ayat 30)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.