Perbandingan
Mangkuk Yang Cantik,
Madu Dan
Sehelai Rambut
Rasulullah s.a.w., dengan
sahabat-sahabatnya
Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan ‘Ali r.a.,
bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a.
isterinya Sayidatina Fathimah r.ha.
puteri
Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk
mereka madu yang diletakkan di
dalam
sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika
semangkuk madu itu dihidangkan
sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Rasulullah s.a.w.
kemudian meminta
kesemua
sahabatnya untuk membuat
suatu perbandingan terhadap
ketiga benda
tersebut
(Mangkuk yang cantik,
madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata,
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini,
orang yang beriman itu
lebih manis dari madu, dan
mempertahankan iman itu
lebih
susah dari meniti
sehelai rambut”.
Umar r.a. berkata,
“Kerajaan itu lebih cantik dari
mangkuk yang
cantik ini,
seorang raja itu lebih manis dari madu,
dan memerintah dengan adil
itu
lebih sulit dari meniti
sehelai rambut”.
Utsman r.a. berkata,
“Ilmu itu lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini,
orang yang menuntut ilmu itu
lebih manis dari madu, dan
beramal dengan ilmu
yang
dimiliki itu lebih sulit
dari meniti
sehelai rambut”.
‘Ali r.a. berkata,
“Tamu itu lebih cantik
dari mangkuk yang
cantik ini,
menjamu tamu itu
lebih manis dari madu,
dan membuat tamu senang
sampai kembali pulang ke rumahnya
adalah lebih sulit
dari meniti
sehelai
rambut”.
Fatimah r.ha.berkata,
“Seorang wanita itu
lebih cantik dari
sebuah mangkuk yang cantik,
wanita yang berpurdah itu
lebih manis dari madu,
dan
mendapatkan seorang wanita
yang tak pernah dilihat orang lain
kecuali
muhrimnya lebih sulit
dari meniti
sehelai rambut”.
Rasulullah s.a.w. berkata,
“Seorang yang mendapat taufiq
untuk
beramal adalah
lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini,
beramal dengan amal
yang baik itu lebih manis dari madu,
dan berbuat amal
dengan ikhlas adalah
lebih
sulit
dari meniti
sehelai rambut”.
Malaikat Jibril a.s. berkata,
“Menegakkan pilar-pilar agama itu
lebih cantik dari sebuah
mangkuk yang cantik,
menyerahkan diri; harta; dan
waktu untuk usaha agama
lebih manis dari madu, dan
mempertahankan
usaha agama
sampai akhir hayat lebih sulit
dari meniti
sehelai rambut”.
Allah s.w.t. berfirman,
” Syurga-Ku itu
lebih cantik dari
mangkuk
yang cantik itu,
nikmat syurga-Ku itu
lebih manis dari madu,
dan jalan
menuju syurga-Ku
adalah lebih sulit
dari meniti
sehelai rambut”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.