Sabtu, 13 Julai 2013

Ibadat dibalas sehingga 700 kali ganda





Puasa tak dipertonton,

 elak sifat riak

 

 



 
Keikhlasan hati 
melakukan ibadat dibalas
 sehingga 700 kali ganda







Puasa adalah ibadat 
yang menampilkan kerahsiaan
 antara Allah dan hamba-Nya 
kerana Allah sendiri akan 
menentukan ganjaran pahala 
bagi mereka yang berpuasa. 





Kelebihan ini 
telah digambarkan oleh Baginda SAW 
dalam sabda: 





“Pada hari kiamat nanti,
 ada satu golongan yang dianugerahkan
 kepada mereka sayap seumpama 
burung dan mereka bebas 
ke sana ke mari menikmati
 keindahan syurga. Mereka ditanya
 bagaimanakah mereka dapat
 masuk ke syurga dan mendapat 
keistimewaan ini. Mereka menjawab :
 “Kami tidak pernah melihat
 timbangan dan titian sirat,
 tetapi kami dapat beribadat
 tanpa diketahui orang lain.” 


(Zabdah Al-Wai’zin) 




Daripada Anas,
 Baginda SAW bersabda:



 “Lima perkara 
yang akan merosakkan puasa
 seseorang iaitu dusta, mengumpat,
 mengadu domba, sumpah palsu 
dan pandangan yang bersyahwat. 
Begitu juga menjauhi daripada
 mendengar perkara mungkar dan
 maksiat serta melalaikan.”






Kita sering melihat manusia

 melakukan upacara ibadat 
kerana berhala, matahari, bulan,
 pokok dan sebagainya, namun tiada
 yang berpuasa untuk perkara 
sedemikian. Maka, puasa kita 
hanyalah untuk Allah semata-mata
 dan berhak mendapat ganjara
n berlebihan daripada-Nya.






Puasa tidak dapat menjana
 perasaan riak serta sifat mazmumah
 lain kerana segala-galanya
 dipandu oleh hati. 
Puasa tidak memerlukan
 pergerakan anggota seperti 
ibadat lain kerana puasa hanya 
memerlukan niat di hati.





Keikhlasan hati



 

Berbanding ibadat lain
 yang mana perbuatannya dapat 
dilihat serta dipertontonkan,
 puasa yang tidak dipertontonkan 
menyelamatkan daripada
 wujud perasaan riak. 






Ini menunjukkan ada
 kalangan manusia yang sentiasa
 mendapat kelebihan daripada
 Allah SWT disebabkan keikhlasan hati 
yang mereka miliki. 





Malaikat yang sentiasa
 ditugaskan bersujud ke hadrat Allah SWT
 mendoakan untuk mereka 
yang berpuasa Ramadan: 




“Wahai Tuhan,
 rahmatilah mereka yang berpuasa
 pada bulan Ramadan dari 
umat Muhammad SAW dan 
jauhilah mereka daripada azabMu.” 


(Zahratur Riadz) 






Tidak dapat dinafikan
 mereka yang mendapat kelebihan 
sedemikian mempunyai kualiti puasa
amat tinggi di mana mereka tidak hanya
 sekadar menahan perut bahkan 
segala anggota lain akan 
turut berpuasa. 






Sememangnya kita tidak dapat
 menyamai kualiti puasa 
anbiya dan siddiqin, namun setiap kita
 haruslah melihat kembali tahap 
kemampuan puasa dan membuat perbandingan
 dengan tahun lalu. 





Apakah kita akan berada
 pada tahap puasa yang sama
 iaitu tahap puasa orang awam saja
 pada setiap tahun tanpa sebarang
 pembaharuan, sedangkan kita mampu
 meningkatkan puasa awam yang biasa
 kepada puasa khawas yang 
dimiliki solihin (orang salih). 





Bagi mendapat tahap puasa ini,
 kita hanya perlu penambahbaikan 
pada anggota lain untuk turut berpuasa
 dengan menjaga pandangan, 
pendengaran dan lidah. 




Daripada Anas, 
Baginda SAW bersabda:




 “Lima perkara 
yang akan merosakkan puasa
 seseorang iaitu dusta, mengumpat, 
mengadu domba, sumpah palsu 
dan pandangan yang bersyahwat.
 Begitu juga menjauhi daripada
 mendengar perkara mungkar dan
 maksiat serta melalaikan.”





Elak makan berlebihan



 

Kekangan hawa nafsu selama 
setahun akan dapat dibendung 
dengan berpuasa Ramadan.
 Oleh itu, 
kita dilarang mengambil makanan
 berlebihan di bulan Ramadan kerana
 nafsu akan mengalah apabila mengurangkan 
makanan daripada memenuhi 
pencernaan kita. 




Demikianlah antara faedah 
yang dapat dikecapi daripada
 puasa Ramadan.
 Ada riwayat menyatakan, 
tatkala Allah SWT menciptakan 
akal manusia, ia sentiasa menurut
 perintah Allah SWT seraya
 berkata bermaksud:




 “Engkau adalah Tuhan
 yang maha pencipta dan aku 
adalah hambaMu yang lemah.
 Maka Allah berfirman: 
Wahai akal, 
engkaulah makhluk ciptaan-Ku
 yang paling mulia.”





Kemudian diciptakan 
nafsu manusia serta diuji 
oleh Allah SWT dan mendapati ia 
sangat keras serta degil sehingga
 Allah SWT menyeksa nafsu dengan 
azab neraka selama 100 tahun.
 Setelah dikeluarkan, 
maka nafsu tetap nafsu dan
 keadaan sombongnya tetap 
tidak berubah. Lalu Allah SWT 
meletakkan nafsu pada azab
 yang berbentuk kelaparan,
 maka akhirnya ia tunduk dan mengaku 
bahawa Allah adalah Tuhan
 yang menciptakan semua makhluk.



Disebut juga tujuan Allah SWT
 mewajibkan puasa selama sebulan 
adalah kerana kesan makanan yang
 dimakan oleh Nabi Adam 
daripada pohon larangan akan hilang
 dan sirna setelah berlalu masa sebulan. 





Setelah Allah SWT menerima
 taubat Nabi Adam, maka Allah SWT
 memerintahkan Adam berpuasa 
selama sebulan tanpa berbuka. 
Namun kita umat Baginda SAW
 dibenarkan berbuka pada malam hari
 kerana mendapat penghormatan 
daripada Allah SWT. 




Firman Allah SWT bermaksud:



 “Kemudian Allah SWT 
memberi kata dua kepada 
Adam dan menerima taubatnya.”



 (Surah al-Baqarah, ayat 37) 






Sebahagian ahli tafsir menyatakan, 
di sinilah Adam diperintahkan berpuasa 
sebagai balasan di samping mengurangkan
 kehendak hawa nafsu. Ini kerana 
kelazatan dunia berkisar kepada
 empat perkara saja iaitu 
makan, minum, bersenggama dan tidur.




Ganjaran yang disediakan 
oleh Allah SWT untuk mereka 
yang berpuasa tidak dapat 
dianggarkan oleh ilmuwan kerana
 setiap kebajikan akan
 digandakan daripada 
10 hingga 700 kali ganda
 melainkan ibadat puasa. 




Walaupun semua ibadat 
akan diberi ganjaran 
oleh Allah SWT,  puasa mempunyai
 kedudukan yang tersendiri 
di sisi Allah SWT sehingga ulama
 mempunyai pelbagai pandangan
 berkaitan kelebihan ganjaran yang
 disediakan Allah SWT kepada 
ibadat puasa. 




Antara faktor yang menyebabkan
 ibadat puasa mendapat pengiktirafan besar 
daripada Allah SWT ialah tahap keikhlasan
 tinggi yang ada pada ibadat puasa kerana
 peranan besar dimainkan oleh hati.




Penulis ialah
 Eksekutif Agama 
The New Straits Times
 Press (M) Bhd








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.