Khamis, 25 Julai 2013

Mutiara Hadis


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQmmzQVeoHSvkbaHS_qXe9c8BFbW30p7h9gi1J4pEfN3TP3DbUvbGKO4X1SEOrUz7tqp5li_lTWUaQE2hFyiF6OF67BKazONyD-vr9YD3LgQJEc0otewy0NBvxwXwswlmkiqK19xROhi4/s1600/37713.png


Ertinya: 

"Sesungguhnya 
Kami telah menurunkan
 (Al-Quran) ini pada 
Malam Lailatul-Qadar, 
Dan apa jalannya engkau dapat 
mengetahui apa dia kebesaran 
Malam Lailatul-Qadar itu?
 Malam Lailatul-Qadar lebih baik 
daripada seribu bulan. 
Pada Malam itu, turun malaikat 
dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,
 kerana membawa segala perkara
 (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 
Sejahteralah Malam (yang berkat) 
itu hingga terbit fajar! "

(Surah al-Qadar: 1 – 5)

Malam tersebut adalah malam yang penuh 
dengan keberkatan, sepertimana firmanNya:

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَ‌كَةٍ

Ertinya:  

"Sesungguhnya Kami
 telah menurunkan Al-Quran itu
 pada malam yang berkat.  

(Surah ad-Dukhan: 3)

Maka barangsiapa yang beribadat dan
 menghayati malam yang penuh berkat ini 
nescaya dia beroleh keampunan 
dari Allah Ta’ala. 


Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ertinya: 


"Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه
  daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda
 صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda: 



Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan
 dengan penuh keimanan dan keikhlasan,
 diampunkan baginya dosa-dosanya yang tela
h lalu dan barangsiapa yang mendirikan akan
  lailatul qadar (dengan amal ibadah) 
dengan penuh keimanan dan keikhlasan
 diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu."

(Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari dan lain-lain)


2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu Rohani
    Semoga Allah mengizinkan kita semua menemui malam yang hebat itu. Keluarlah kita daripada Ramadhan hendaknya, tanpa dosa. Selamat meneruskan ibadah puasa.

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam wbt Cikgu.
    Malam yang penuh dengan keberkatan dan semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt Cikgu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.