Buah kurma kaya serat,
bekal tenaga segera
Buah kurma mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada tubuh
badan dan antara khasiat utama kurma ialah mempercepatkan pemprosesan dan penyerapan,
sekali gus memberikan tenaga segera. Memandangkan kandungan gula ringkasnya
sangat tinggi, kurma berupaya membekalkan tenaga yang akan diserap oleh tubuh
manusia.
Kurma memang sangat
berbeza dengan buah-buahan lain.
Oleh itu, ia sesuai
dimakan
ketika berbuka puasa.
“Rasulullah SAW
berbuka puasa dengan
beberapa biji kurma sebelum
menunaikan sembahyang.
Sekiranya tiada kurma,
maka Baginda akan berbuka
dengan
beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur,
maka Baginda meminum
beberapa
teguk air.”
(Riwayat Ahmad)
Kurma kaya serat
Kurma kaya dengan serat dan potassium yang diperlukan tubuh. Jika memakan kurma tidak perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itu terkandung serat larut mahupun serat tidak larut.
Potassium penting untuk menyeimbangkan bendalir badan, terutama sepanjang tempoh berpuasa termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah. Memakan beberapa biji kurma dan air suam sudah memadai untuk menyeimbangkan kandungan air dalam tubuh badan.
Memakan kurma juga dapat menguatkan daya ingatan manusia. Ramai beranggapan hanya kismis saja yang baik dan mampu untuk menguatkan daya ingatan. Sebenarnya kurma setanding dan sesuai diberi kepada kanak-kanak kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran serta membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Dari segi saintifik,
kurma berkesan mengubati
gangguan usus yang kronik.
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil.
Jus kurma atasi masalah sembelit
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Tetapi minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetes kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma amat sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam kurma bertindak menghilangkan rasa gatal dalam kerongkong.
Selain itu, kurma juga baik
untuk wanita mengandung
mahupun bersalin.
Sabda
Rasulullah SAW:
“Berilah makan
buah kurma kepada
isteri-isteri kamu
yang hamil,
kerana sekiranya
wanita hamil itu
memakan buah kurma, nescaya
anak yang bakal
dilahirkan itu
menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta
cerdas
pemikirannya.”
Kurma adalah makanan sempurna,
Rasulullah SAW bersabda:
“Rumah yang tiada kurma
nescaya penghuninya kelaparan.”
Kita perlu mengamalkan memakan buah kurma dalam kehidupan seharian bukan saja pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa. Rasulullah SAW mengamalkan memakan buah kurma dan sebagai umat Islam kita perlu mencontohi sunnah Baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.