Doa Abi Darda
Ya
ALLAH, Tuhan Kami,
Engkau Tuhan, tiada Tuhan
(yang berhak disembah)
melainkan
Engkau.
Kepada Engkaulah kami bertawakal dan
Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha
Besar.
Sesuatu yang dikehendaki ALLAH
pasti berlaku dan sesuatu yang tidak
dikehendaki
ALLAH pasti tidak akan berlaku.
Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan
yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu
melainkan dengan izin
ALLAH Yang
Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH
(atas tiap
sesuatu) amat berkuasa.
Dan sesungguhnya ALLAH meliputi
pengetahuannya pada
tiap-tiap sesuatu.
Ya ALLAH, Tuhan kami,
sesungguhnya kami memohon
perlindungan
Engkau daripada
kejahatan/keburukkan
pada diri kami dan daripada kejahatan
tiap-tiap mahkluk yang melata
(jin, syaitan, binatang dan manusia)
Engkaulah
yang mengawasi ubun-ubunnya
(segala gerak-gerinya).
Sesungguhnya Tuhan kami
di
atas jalan yang benar.
Amin Ya Rabbal Alamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.