Ahad, 14 Julai 2013

:)..Niat Puasa Ramadhan




Rasulullah SAW pernah 
bersabda yang maksudnya:


 "Barang siapa yang tidak

 berniat puasa sebelum 

fajar maka tiada puasa

 baginya."




 (riwayat Imam hadis yang 
empat dan lafaz daripada 
Abu Dawud dan al-Tirmizi)

 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj47S-zTzitf1EmsKTcM3DRD1_Rns-HSvp7J1RWIWgY7xUeLR5FyTmC4A1zSROeAIdyXZpVI2mmGsUoVjIgq8E7LbFTGOTKhBuKOUfv5CcahlP8GwiTgOftGCdTEOSiRirTcMydt0-P4pI/s400/Niat+Puasa,+Niat+Berbuka+Puasa,+Niat+Berpuasa+Sebulan+test.png

Waktu berniat





Waktu berniat bermula
 daripada terbenam matahari,
 iaitu masuk waktu sembahyang
 fardhu Maghrib hinggalah sebelum
 terbit fajar shadiq (waktu Subuh). 


Oleh itu, 
bolehlah dilakukan 
niat puasa pada mana-mana 
bahagian daripada waktu tersebut,
 walaupun semasa berbuka.




  Niat adalah Tekad hati
untuk melakukan suatu
 perbuatan ibadah dalam rangka
 mendekatkan diri semata-mata
 kepada Allah.




Niat itu 
adalah kehendak hati,
 bukan sebutan mulut. 
Niat itu 
adalah cetusan hati,
 bukan susunan perkataan
 yang sengaja direka.




 Daripada hadis ini difahami 
bahawa seseorang wajib 
meniatkan puasanya setiap hari,
 antara masa 
tenggelam matahari (maghrib)
 sehingga terbit matahari (fajar). 




Salam 

Ramadhan Al-Mubarak!


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTR0hkzoroIu0VIZFttJ_61LYcOKcUMIlmhxjaN7U4iAtVPmtMEuWRvsMzbupu3ARM3JrWJbSkhXojAqgo03dfI3pkohRyaTm61jHu4gQH5sS1k2IOQ6Qha2yTKefg17jXW0ktE2j3ucFw/s1600/niat+puasa.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7-BwOGm7oPZywrVh3rtWq_j5-qK_d5Fu009KdPTKruATkPP9Z80RFoVDasjN7ZRJYsVGpIVvUlv3U0onZMrW1KQyn3IuT7L8r6QWDv50BrGyrhyntMs2uORl2XjBJ3RRizTUJ2MNQkPw/s1600/Selamat+Berpuasa+Ramadhan.jpg


Sumber :  Ensaikopedia Hukum Islam - Niat. 
Maksud hadis riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan an-Nasai,  
Misykat al-Masabih, 3/525/026.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.