KITA sudah memasuki
pertengahan Ramadan yang merupakan
bulan pentarbiah diri seluruh
umat Islam
agar mencari seberapa banyak pahala
dari
pengisian ibadat yang
amat
unik dan istimewa ini.
Salah satu hikmat
kedatangan Ramadan adalah
menganjurkan
umat Islam agar bersederhana
dalam
berbelanja terutama untuk
persiapan
berbuka dan bersahur.
Dalam situasi ekonomi negara
yang masih lagi berdepan
dengan
harga minyak yang masih tinggi
dan
harga barangan keperluan yang telah
meningkat,
maka pada bulan inilah kita
perlu
mempraktikkan sikap berhemah
ketika berbelanja.
Jika sebelum Ramadan, kita makan
empat kali sehari, pada bulan
ini kita hanya
perlu mengeluarkan
perbelanjaan untuk dua kali
makan sahaja iaitu waktu berbuka
dan bersahur.
Namun, bagi segelintir daripada
kita,
perkara sebaliknya pula yang
berlaku.
Perbelanjaan dapur meningkat
berganda
berbanding hari-hari biasa.
Ramai yang tunduk pada nafsu
hingga menyebabkan
kepelbagaian
juadah berbuka yang
disediakan
berlebihan sehingga berlaku
pembaziran.
Makanan adalah sesuatu
yang amat bernilai kerana ia
adalah
rezeki Allah yang harus
dihargai.
Semua agama di dunia ini
menolak
penganutnya dari boros dan
melakukan pembaziran.
Menurut kajian, pada tahun
2006,
lebihan makanan membentuk
hampir
separuh buangan pepejal di
negara ini.
Daripada hampir 20,000 tan
buangan pepejal yang
dihasilkan setiap hari,
45 peratus terdiri daripada
makanan yang dibuang.
Juadah berbuka
Jika difikirkan menyediakan sendiri
juadah berbuka di rumah lebih
menjimatkan.
Buat apa lagi kita membeli makanan
di Bazar Ramadan yang
harganya mahal.
Bagi yang berkeluarga berbuka
puasa
di rumah dapat mengeratkan
lagi
hubungan sesama ahli keluarga.
Sesedap mana makanan itu sekalipun,
yang penting ialah keredaan
Allah kepada kita
dalam menjalani ibadah puasa
secara keseluruhannya.
Pada bulan puasa ini juga
terdapat segelintir daripada kita
terutama yang tinggal di
bandar-bandar besar
menjadikan amalan berbuka puasa di
hotel
dan restoran mewah sebagai gaya
hidup
sungguhpun bayaran bufet Ramadan
mencecah RM128 bagi orang
dewasa
di sebuah hotel lima bintang.
Tidak salah berbuka puasa di luar,
sekiranya dirancang dengan
sebaik-baiknya.
Ini termasuklah memilih tempat
berpatutan harganya, ingin
mengubah selera
pada hari-hari tertentu dan
yang penting
juga ia menyediakan
kemudahan
untuk bersembahyang.
Ramadan juga bukan setakat
menyediakan juadah berbuka
dan sahur.
Ia bukan untuk kita
bermuhasabah diri.
Tidak akan lengkap sekiranya
kita tidak membuat penilaian
terhadap
perbuatan atau perilaku yang
dilakukan
sehari-harian dalam bulan
Ramadan.
Aspek yang perlu kita tanyakan
kepada diri kita ialah sejauh
mana
amalan nilai-nilai murni
telah meresap
dalam jiwa seterusnya menjadi
amalan perlakuan seharian.
Muhasabah pemikiran
yang paling mudah ialah
berfikir sama ada kita telah
memenuhi tuntutan dalam menghargai
nikmat yang diperolehi dan bersyukur
dengan apa yang telah
dianugerahkan
oleh Allah SWT.
Puasa di bulan Ramadan
mengajar kita merenungi
bahawa
betapa banyak nikmat yang telah
kita terima
selama hayat ini dan sejauh
mana kita
telah bersyukur dengan
kenikmatan tersebut.
Secara mudah, dalam
melaksanakan
ibadah puasa sendiri, kita
dapat
melaksanakannya tanpa terlalu
banyak
rintangan fizikal yang dilalui.
Bahkan suasana bulan Ramadan
di Malaysia menunjukkan
betapa damai
dan melimpahnya rezeki, sehingga
kadang-kala
timbulnya pembaziran.
Ini berbeza dengan
yang terpaksa berdepan
dengan pelbagai
masalah bencana alam,
pergolakan
dan krisis dan keamanan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.