وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Allah mengeluarkan kamu
dari perut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui
sesuatu apa pun,
dan Dia memberi kamu pendengaran,
penglihatan, dan
al-af’idah (akal dan hati)
agar kamu bersyukur.”
(Surah an-Nahl, 16: 78)
Allah SWT menjelaskan bahawa salah satu
tanda syukur adalah dengan
mengabdikan
diri kepadanya, iaitu mentauhidkannya.
Sesiapa yang tidak
mensyukuri
nikmat-nikmat-Nya, maka dia
belum benar-benar
mentauhidkan-Nya.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman,
makanlah dari rezeki yang baik-baik
yang Kami
berikan kepada kamu dan
bersyukurlah kepada Allah jika
benar-benar kamu
mentauhidkan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, 2: 172)
Allah SWT juga telah mewahyukan
kepada para Nabi dengan perkara yang
serupa,
berupa perintah mentauhidkan-Nya dan
perintah supaya bersyukur.
Allah berfirman:
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ
“Dan
sesungguhnya telah diwahyukan
kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang
sebelum kamu. Jika kamu mensyirikkan Allah,
nescaya akan terhapuslah
amalan kamu
dan sudah tentu kamu termasuk orang-orang
yang rugi. Oleh
itu, hendaklah Allah
sahaja yang kamu sembah dan hendaklah
kamu termasuk
orang-orang yang bersyukur.”
(Surah az-Zumar, 39: 66)
Ketika musuh Allah iaitu Iblis
mengetahui
kedudukan, keagungan, dan
ketinggian sifat syukur maka ia pun
berusaha
untuk menjauhkan manusia
dari sikap syukur tersebut. Ia berkata
sebagaimana yang disebutkan
oleh Allah SWT dalam al-Qur’an:
ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
“Kemudian aku (Iblis) akan
mendatangi
mereka dari depan mereka,
dari belakang mereka, dari kanan mereka,
dan
dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan
mendapati kebanyakan dari mereka
itu bersyukur.”
(Surah al-A’raaf, 7: 17)
Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ مِمَّنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ
"Apabila
salah seorang dari kamu
memandang orang yang diberi kelebihan
melebihi
harta dan bentuk tubuhnya,
hendaklah ia memandang
orang yang lebih
rendah darinya
di mana ia diberi kelebihan berbanding
orang tersebut."
(Hadis Riwayat Muslim, 14/212, no. 5263)
Rasulullah SAW bersabda:
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ
“Benar-benar beruntung
seseorang yang masuk Islam,
kemudian mendapat rezeki
yang
secukupnya dan Allah
menganugerahkan pula kepadanya
sifat qona’ah
(merasa cukup dan redha)
dengan rezeki yang Allah
berikan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Muslim, 5/276, no. 1746)
Sabda Rasulullah SAW
dari atas mimbar:
مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ، لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ، وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ، لَمْ يَشْكُرِ اللهَ. التَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ، وَتَرْكُهَا كُفْرٌ، وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ، وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ
“Siapa yang tidak mampu
mensyukuri nikmat yang sedikit,
maka ia tidak akan mampu mensyukuri
nikmat yang banyak.
Dan siapa
yang
tidak mampu berterima kasih
kepada manusia, maka ia tidak akan
mampu
bersyukur kepada Allah.
Membicarakan nikmat Allah adalah syukur,
meninggalkannya adalah kufur.
Hidup berjama'ah adalah rahmat,
manakala
perpecahan adalah azab.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 30/390, no. 18449.
Kata
al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ahmad, ath-Thabrani, dan al-Bazzar.
Para
perawi keduanya tsiqah.” Dinilai
sahih oleh al-Albani. Lihat juga
Majma’ az-Zawa’id, 5/392 oleh al-Haitsami
dan Tahqiq Musnad Ahmad
oleh
Syu’aib al-Arnauth)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan ingatlah
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan ingatlah
ketika Tuhan-mu menyatakan,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti Kami akan tambahkan
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari
(nikmat tersebut),
maka sesungguhnya azab-Ku
amatlah pedih.”
(Surah
Ibrahim, 14: 7)
Allah SWT juga berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Sekiranya penduduk negeri-negeri
tersebut beriman dan bertaqwa,
sudah tentu Kami akan melimpahkan
kepada
mereka berkah dari langit dan bumi.
Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat
Kami),
maka Kami siksa mereka
disebabkan perbuatannya.”
Allah SWT berfirman:
وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا إِنَّ الإنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
“Dan Dia telah memberi
kepada kamu sebahagian dari
setiap apa yang kamu
ingini
dan jika kamu menghitung
nikmat Allah nescaya lemahlah kamu
menentukan bilangannya. Sesungguhnya
manusia (yang ingkar) sangat suka
menempatkan sesuatu bukan
pada tempatnya lagi sangat tidak
menghargai
nikmat Tuhannya.”
(Surah Ibrahim, 14: 34)
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya
Allah,
bantulah aku untuk
berzikir kepada-Mu,
bersyukur kepada-Mu,
dan
beribadah kepada-Mu
dengan baik.”
(Diucapkan di setiap kali selesai
solat –
Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adabul Mufrad,
1/239, no. 690. Abu
Daud, 4/318, no. 1301.
An-Nasaa’i, 5/86, no. 1286.
Dinilai sahih oleh
al-Albani)
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Ya Tuhanku
berilah aku ilham
untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu
yang telah
Engkau
anugerahkan kepadaku dan
kepada dua orang ibu/bapaku
dan untuk
mengerjakan amal soleh
yang Engkau redhai.
Dan masukkanlah aku
dengan
rahmat-Mu ke
dalam golongan hamba-hamba-Mu
yang soleh.”
(Surah an-Naml,
27: 19)
Wallahu a’lam.
p/s :
Bagaimana
untuk merealisasikan rasa syukur ini?
Berikut
adalah cadangan daripada
Ir. Ezwan Mokhtar, pemilik
RahsiaTarikan.com:
“Untuk
mengubah kehidupan kita dengan cepat, gunakan kesyukuran bagi menukar energi
kita. Apabila kita meletakkan semua energi kita dalam kesyukuran, kita akan
melihat keajaiban mengambil tempat dalam kehidupan kita. Bagi mengubah sesuatu
dengan cepat, tuliskan 100 benda yang kita harus bersyukur setiap hari,
sehingga kita melihat perubahan. Kuasa kita adalah dalam perasaan yang kita
letakkan dalam kata-kata kesyukuran.”
Lakukan setiap hari supaya semakin
banyak nikmat tertarik dalam hidup kerana nikmat Tuhan
itu begitu banyak dan tidak akan habis sampai bila-bila..
Selamat menjadi
MAGNET Kejayaan dan Kebahagiaan!
Fokus apa yang kita mahukan!
~ SELAMAT
MENCUBA ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.