Jumaat, 14 Jun 2013

Syaaban





Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,
 bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya 
serta menahan diri daripada perbuatan maksiat,
 maka Allah Taala mengampuni semua dosanya 
dan menyelamatkannya dalam tahun itu
 daripada segala macam bencana dan penyakit.” 

(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 



Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili, 

dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

 “Manakala masuk bulan Syaaban,

 sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”



Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon 
keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk
 memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula 
 untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar 
adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.



Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada 
bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. 
Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat
 sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis
 ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan
 oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang
 sahabat al-Bara’ bin Azib maksudnya:


 "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah,
 baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan
 Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau
 tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah
 diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah.
 Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain.
 Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah
 sedang bersembahyang Asar."


Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. 


 Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah 
memperlekehkan dakwah Rasulullah.
 Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.


 Maksudnya: 


"Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: 
Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) 
 dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya 
mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: 
”Kepunyaan Allah timur dan barat, 
dia memberi petunjuk kepada
 sesiapa yang dikehendaki-Nya
 ke jalan yang lurus."



Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua
 Hijrah pada bulan Syaaban.
 Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali 
berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah 
yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah 
sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang
 ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. 
Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan
 oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t.
 di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:

Yang bermaksud:
 
"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan."


Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan

 yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, 
maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu
 sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah
 dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w.


Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan
 oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban
 adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:
 Dari Aishah r.a., katanya :

  "….. Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.


Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan
 perbuatan maksiat dan dosa. 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 


" Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban
 dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan
 kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah
 akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan 
kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun 
penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya “.


Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan
 ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, 
beristiqafar, berzikir dan sebagainya. 
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

" Barangsiapa menghidupkan malam daripada 
dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya’ban,
 hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".



Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat
 seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, 
sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan
 fakir miskin atau anak-anak yatim. Melakukan amal-amal
 kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa. 
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan
 kebahagiaan dunia dan akhirat. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t.
 semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka
 dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin 
dan muslimat, bangsa dan negara. Berusaha untuk mendapatkan
 keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.




“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.