Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :
” Khabarkan kepadaku suatu
amalan
yang membolehkan aku masuk
ke dalam syurga dan menjauhkan
aku dari
neraka."
Jawab Nabi SAW :
" Sebenarnya engkau telah bertanya
suatu perkara yang
besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali
bagi sesiapa yang dimudahkan oleh
Allah Ta’ala, iaitu :
Hendaklah engkau menyembah Allah
dan tidak
menyekutukan-Nya dengan
suatu yang lain.
Engkau mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa
sebulan Ramadhan dan mengerjakan
haji ke
Baitullah.
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan
pokok
amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ”
Aku menjawab :
" Mahu, ya Rasulullah . ”
Sabda baginda :
" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah
sembahyang dan
kemuncaknya ialah jihad.
“Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku
khabarkan
kunci kepada semua pekara ini ? ”
Aku menjawab :
" Mahu, ya
Rasulullah. ”
Lalu baginda memegang
lidahnya seraya berkata :
" Awas, jaga ini
baik-baik. "
Aku bertanya :
" Ya Rasulullah,
adakah kami akan dituntut kerana
berkata dengannya ? ”
Baginda lalu menjawab :
" Dan tidak akan dicampakkan
manusia ke atas muka mereka atau
batang hidung mereka ke dalam neraka,
melainkan hasil tutur bicara mereka "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.