Lima pesanan penting Rasulullah
Baginda SAW merumuskan
peristiwa Israk dan Mikraj dengan
beberapa pesanan penting
dalam sabdanya:
" Pada waktu malam
Israk dan Mikraj,
Allah SWT telah memberikan
lima pesanan berguna,
antaranya:
Janganlah engkau
terlalu cenderungkan hatimu
kepada dunia kerana
sesungguhnya
Aku
tidak menjadikan dunia ini
untuk engkau.
Jabir bin Abdullah berkata:
Pada suatu hari sewaktu saya
bersama
Baginda Rasulullah SAW
maka tiba-tiba datang seorang lelaki
yang berwajah putih
bersih,
rambutnya sangat cantik dan dia
memakai pakaian yang putih.
Lantas dia
menghampiri
Rasulullah SAW dengan berkata:
Assalamualaikum ya Rasulullah,
apakah ertinya dunia itu?
Maka Rasulullah SAW berkata:
Dunia itu adalah impian
orang yang tidur.
Bertanya orang itu lagi:
Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah?
Berkata Rasulullah SAW:
Satu kumpulan manusia yang berada
dalam syurga dan satu
kumpulan lagi
berada di dalam neraka Sair.
Jadikan cintamu
hanya kepada-Ku
sebab tempat kembalimu
adalah kepada-Ku.
Firman Allah SWT:
" Katakanlah (wahai Muhammad):
Jika bapa kamu, dan anak kamu,
dan saudara kamu, dan isteri
(atau suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan
harta benda
yang kamu usahakan, dan perniagaan
yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah tempat tinggal yang
kamu sukai (jika semuanya itu)
menjadi perkara
yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan Rasul-Nya
dan (daripada) berjihad
untuk agama-Nya,
maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusan-Nya
(azab
seksa-Nya) kerana Allah
tidak akan memberi petunjuk
kepada orang yang fasik
(derhaka).
(Surah at-Taubah, ayat 24)
Bersungguh-sungguhlah engkau
mencari syurga kerana
tiada istilah rehat
semasa di dunia.
Imam Ahmad Bin Hambal
apabila ditanya bilakah manusia
akan merasakan kerehatan?
Jawabnya:
Manusia akan merasai kerehatan
selepas kakinya melangkah ke syurga.
Adapun sebelumnya tiada istilah
yang bernama rehat.
Janganlah menaruh harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak berkuasa mengubah sesuatu pun.
Orang mukmin akan berputus asa
dengan makhluk kerana makhluk
tidak mempunyai
apa-apa kekuatan,
kerana kekuatan sebenar adalah
kekuatan Allah SWT.
Dia
bertawakal dan berserah
diri hanya kepada Allah SWT.
Galakan mengerjakan solat tahajud
kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta qiamullail.
Ini adalah kerana malam
mempunyai kelebihan tersendiri
sehingga Allah SWT
memilih
peristiwa penting ini pada malam hari.
Rasulullah SAW bersabda:
" Hendaklah kamu berqiamullail
(solat malam), kerana sesungguhnya
solat malam itu
adalah
kebiasaan orang salih
sebelum kamu, dan
mendekatkan diri kepada Allah,
mencegah dari perbuatan dosa,
dan menutupi dosa atau
kejahatan dan mengusir
penyakit dari badan.
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.