Ahad, 30 Jun 2013

Doa Taubat




Abil-Laits meriwayatkan dengan
 sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata:
 "Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan
 bab pintu taubat, 
lalu ditanya oleh 
Umar bin Alkhoththob:
 "Apakah pintu taubat itu, ya Rasulullah?"
 Jawab Nabi Muhammad s.a.w.
"Pintu taubat itu di hujung barat, 
mempunyai dua daun pintu dari emas
 bertaburkan mutiara dan yaqut,
 antara kedua tiang pintu itu 
sejauh perjalanan empat puluh tahun
 bagi orang yang berkenderaan kencang 
(cepat) dan pintu itu tetap terbuka 
sejak dijadikan 
Allah hingga malam yang akan 
terbit matahari pada paginya,
 dan tiada seorang hamba yang taubat
 benar-benar melainkan masuk taubatnya
 dari pintu itu.
 Mua'dz bin Jabal r.a. bertanya: 
"Ya Rasulullah, apakah taubat nashuh itu?" 
Jawab Rasulullah: 
"Ialah menyesal atas perbuatan dosanya
 dan niat tidak akan mengulangi lagi,
 kemudian minta ampun kepada Allah s.w.t. 
Kemudian matahari dan bulan 
terbenam dipintu itu, lalu tertutup 
kedua daun pintu itu bagaikan tidak ada retaknya,
 maka ketika itu tidak lagi diterima taubat 
dan tidak diterima amal yang baru 
sesudah tertutup pintu itu, dan
 semua orang menurut keadaannya sebelum itu, 
jika ia baik maka dilanjutkan kebaikannya, 
sebagaimana firman  Allah s.w.t. 
(Yang berbunyi):
Yauma ya'ti ba'dhu aayati robbika
 la yanfa'u nafsan imanuha lam takun
 amanat min qablu au kasabat fi imaniha khoiro. 
(Yang bermaksud): 
"Pada saat tibanya sebahagian
 ayat-ayat Tuhanmu,
 maka tidak berguna bagi '
seseorang iman yang baru, 
bila tidak beriman sejak sebelumnya,
 atau telah berbuat dimasa 
imannya dahulu kebaikan."


1 ulasan:

  1. Assalam Cikgu Rohani M.U.,
    Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Hebatnya Dia, yang menyukai orang yang sentiasa menyedari kesalahannya dan memohon pengampunan kepada-Nya.

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, dan menjalani pelbagai ibadah sepanjang bulan mulia ini.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.