Klik :)
Dari An-Nawwas bin Sim’an r.a,
dari Nabi SAW yang bersabda :
” Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik.
Dan dosa pula adalah apa yang
tersimpul
di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa
ia diketahui manusia
mengenainya.
~ Riwayat Muslim
Dari Abi Wabishah bin Ma’bad r.a :
” Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW
lalu baginda bertanya :
‘ Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ?
‘ Aku
menjawab : ‘ Ya ‘.
Sabda Rasulullah SAW lagi :
‘ Tanyalah hati engkau. ‘
Kebajikan itu ialah apa yang
mententeramkan diri engkau kepadanya
serta
mententeramkan hati.
Manakala dosa pula ialah
apa yang mengganggu jiwa dan
meragui dalam dada, walaupun orang ramai
telah memberikan engkau
fatwa dan
terus menfatwakan sesuatu.’
Daripada Abu Hurairah r.a :
Bahawa Nabi SAW telah bersabda :
” Setiap anggota manusia harus membuat
sedekah setiap hari apabila matahari
terbit.
Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah
. Dan engkau menolong
seseorang menaiki tunggangannya
atau pun engkau menolong mengangkat baginya
barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah,
dan perkataan yang baik itu
sedekah.
Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang
adalah sedekah.
Dan engkau menjauhkan bahaya
dari jalan laluan juga menjadi sedekah. “
Dari Abi Tsa’labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a,
daripada Rasulullah SAW, yang bersabda :
” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
memfardhukan beberapa kewajipan,
maka janganlah kamu mengabaikannya.
Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ),
maka janganlah kamu melampauinya.
Dia telah mengharamkan beberapa benda
maka janganlah kamu melanggarnya.
Dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara
sebagai suatu rahmat terhadap kamu,
bukan kerana lupa maka janganlah kamu
membahas mengenainya. “
Dari Abu Hurairah r.a, katanya :
” Telah bersabda Rasulullah SAW :
‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian,
dan jangan kamu tipu-menipu,
dan jangan benci-membenci,
dan jangan musuh memusuhi,
dan jangan kamu berjual beli atas jual beli
setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim,
tidak boleh menganiayanya,
tidak boleh membiarkannya tertindas,
tidak boleh mendustainya dan
tidak boleh menghinanya.
Taqwa itu berpunca dari sini – sambil Nabi SAW
menunjukkan ke dadanya tiga kali.
Sudah memadailah kejahatan seorang itu
jika ia menghina saudaranya yang Islam.
Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain
diharamkan darahnya, harta bendanya
dan kehormatannya."
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW
yang meriwayatkan hadis ini daripada
Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya :
” Sesungguhnya Allah telah menetapkan
yang baik dan yang jahat,
dan telah menerangkan keduanya itu.
Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan,
kemudian ia tidak mengerjakannya –
Allah akan mencatit disisinya satu hasanah
yang sempurna.
Dan jika ia melaksanakan,
nescaya Allah akan mencatitkan di sisi-Nya
sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali
lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya.
Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan
kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan
di sisi-Nya satu hasanah yang sempurna.
Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu
dan melakukannya, Allah akan mencatitkan
baginya satu kejahatan sahaja.
~ Riwayat Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.~
Assalam, Cikgu Rohani
BalasPadamSemoga sampailah kita ke Ramadhan nanti. Juga Ramadhan-Ramadhan yang mendatang. Semoga dalam segala bulan, apa juga yang mampu kita lakukan, akan diterima Allah.
Waalaikummussalam wbt Cikgu.
BalasPadamAmin Ya Rabbal Alamin.