Rezeki berkat jika solat
Peniaga perlu jujur,
tidak menyalahi syariat
dalam urusan jual
beli
Berniaga atau melakukan pekerjaan yang dibolehkan untuk memperoleh rezeki adalah sesuatu yang diperintahkan Islam kerana besarnya manfaatnya. Allah telah memerintahkan kita mencari rezeki mengikut cara dibenarkan.
Namun, di sebalik usaha mencari rezeki itu, umat Islam
diingatkan supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan ibadah kepada
Allah kerana sering kali disebabkan terlalu sibuk bekerja hingga lupa bersolat.
Nabi SAW bersabda:
“Peniaga yang jujur dan amanah
akan bersama
nabi, syuhada
dan orang-orang soleh.”
Firman Allah SWT:
“Bertasbihlah kepada Allah
di masjid-masjid yang telah
diperintahkan
untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya
di dalamnya, pada waktu
pagi dan waktu petang,
lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan
tidak
(pula) oleh jual beli dari mengingat Allah,
dan (dari) mendirikan sembahyang,
dan (dari) membayarkan zakat.”
(Surah an-Nuur, ayat 36-37)
Perniagaan kerja terpuji
Begitu juga apabila menjalankan perniagaan kerana kerja itu adalah perkara yang
terpuji dan penting selagi ia tidak melalaikan ibadah seseorang atau
menyebabkan dia menunda pelaksanaan solat berjemaah di masjid.
Nabi SAW bersabda:
“Peniaga yang jujur dan amanah
akan bersama nabi, syuhada
dan orang-orang soleh.”
Berniaga memerlukan kemahiran dan elemen penting dalam perniagaan ialah jujur
kerana berniaga membabitkan muamalah dengan orang ramai. Jika peniaga tidak
jujur, memang boleh mendapat kekayaan mudah, tetapi adakah rezeki itu berkat?
Nabi SAW pernah melewati sekumpulan Muslim
yang sedang berjual beli di pasar
Madinah.
Maka Nabi SAW bersabda:
“Wahai para pedagang.
Maka mereka mendongak
menunggu apa
yang akan baginda katakan, dan
baginda berkata:
Sesungguhnya
peniaga akan
dibangkitkan sebagai pelaku kejahatan
yang berdosa kecuali mereka
yang
takut kepada Allah,
yang benar dan jujur.”
(Riwayat Tirmidzi, dan berkata
hadis ini hasan sahih)
Mencari sumber rezeki dengan jalan yang terbaik adalah jual beli yang padanya
banyak kebaikan. Jual beli ini harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan
syariat, sehingga seorang Muslim dapat menghindari daripada terjerumus ke dalam
jual beli yang dilarang.
Jual beli yang dilarang ialah apabila urusan itu menyebabkan seseorang lupa
beribadah atau menghalangnya daripada solat berjemaah di masjid.
Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman,
apabila diseru untuk
menunaikan sembahyang
pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu
kepada
mengingati Allah dan
tinggalkanlah jual beli.
Yang demikian itu lebih baik
bagimu
jika kamu mengetahui.
Apabila telah ditunaikan sembahyang,
maka
bertebaranlah kamu di muka bumi;
dan carilah kurnia Allah dan ingatlah
Allah
banyak-banyak supaya
kamu beruntung.”
(Surah al-Jumu’ah, ayat 9-10)
Dilarang menjual barang yang cacat dan jika ada kecacatan hendaklah peniaga
memberitahu pembeli mengenainya. Jika sengaja tidak memberitahu pembeli, maka
ini adalah penipuan yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
Sabda baginda:
“Kedua-dua penjual dan pembeli
berada dalam kebaikan selama
mereka
tidak berpisah satu sama lain.
Maka jika kedua-duanya jujur dan
saling
memberikan keterangan dengan jelas,
semoga jual belinya diberkati.
Namun, jika
kedua-duanya berdusta
dan ada yang saling disembunyikan,
hilanglah berkat jual
beli kedua-duanya.”
Jika barang jualan itu cacat maka peniaga harus menampakkannya sehingga pembeli
dapat melihat dan menyedari hal itu, supaya mereka dapat menawar dengan harga
yang sesuai. Andainya pembeli tidak mahu, itu adalah hak mereka dan peniaga
sudah menunaikan haknya juga.
Sebenarnya, di sebalik jaminan keuntungan yang mampu diperoleh daripada bidang
perniagaan, banyak perkara yang perlu diberi perhatian serta dipelihara supaya
rezeki daripada perniagaan dijalankan adalah rezeki yang halal.
Jangan ambil kesempatan
Jangan sesekali mengambil kesempatan daripada jaminan keuntungan dalam bidang
perniagaan dengan melakukan perkara menyalahi syariat. Hasilnya mungkin besar,
tetapi keberkatannya bagaimana. Selalunya rezeki daripada jalan salah, susah
untuk kekal.
Oleh itu, bagi yang beriman kepada Allah, hatinya tidak akan tergamak melakukan
penipuan dalam perniagaan. Justeru, hendaklah sentiasa memohon pertolongan
Allah supaya tidak mudah terpedaya dengan keuntungan yang banyak hingga lupa
untuk mencari keredaan Allah.
Khususnya umat Islam, hendaklah menunjukkan contoh terbaik dengan mengamalkan
sikap jujur dalam berjual beli. Peniaga yang jujur akan dihormati dan rezekinya
dengan izin Allah tidak akan berkurangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.