Rabu, 15 Mei 2013

Mutiara Hadis

Sabda Rasulullah SAW: 

“Allah tidak menentukan 
sesuatu ketetapan kepada
 hamba-Nya melainkan 
ada kebaikan untuk
 hamba-Nya itu.
 Jika dia mendapat 
perkara yang menggembirakan
 ia bersyukur, maka itu 
adalah baik baginya.
 Jika ia mendapat
 sesuatu menyusahkan dirinya
 maka bersabar, maka itu adalah 
baik baginya, tiada kesemua
 hal ini melainkan terhadap 
orang beriman.” 

(Riwayat Ahmad, Muslim, 
al-Daarimi dan Ibnu Hibban)





Baginda SAW bersabda:

 “Dan jika
  sesuatu kesusahan mengenaimu, 
janganlah engkau berkata:
 Jika aku telah berbuat begini
 dan begitu, begini dan begitulah jadinya.
 Melainkan hendaklah
 kamu katakan:
 Allah telah mentakdirkan
 dan apa yang ia suka,
 ia perbuat.
 Kerana sesungguhnya perkataan: 
andaikata itu memberi 
peluang kepada syaitan.” 

(Riwayat Muslim)

 http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/p480x480/269380_604371542924524_1417611234_n.jpg



Firman Allah SWT: 

“Tidak ada kesusahan
 (atau bala bencana) 
yang menimpa (seseorang)
 melainkan 
dengan izin Allah; 
dan sesiapa 
yang beriman kepada Allah,
 Allah akan memimpin hatinya
 (untuk menerima apa
 yang telah berlaku itu 
dengan tenang dan sabar);
 dan (ingatlah),
 Allah Maha Mengetahui
 akan tiap-tiap sesuatu.”

 (Surah al-Taghabun, ayat 11)
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.